KONSEP IJTIHAD DALAM ISLAM
Oleh : SAIDI ADNAN(PKPIM-ABIM-UM)

Takrif Ijtihad

Ijtihad merupakan salah satu sumber hukum yang telah digunakan pada zaman selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Pada umumnya Ijtihad ini boleh ditakrifkan sebagai emncurahkan segala tenaga (buah fikiran) untuk mengeluarkan hukum syarak melalui dalil-dalil syarak iaitu al-Quran, As Sunnah dan Ijmak dengan cara-cara tertentu

Walaupun begitu terdapat beberapa pendapat ulama tentang takrif Ijtihad.

  1. Menurut Imam Al-Baidhawi, Ijtihad itu ialah menggunakan sepenuh daya dan masa, dalam memahami sesuatu hukum syarak yang belum ada ketentuan dalam nas.
  2. Menurut Imam al-Amidi, mentakrifkan ijtihad sebagai menggunakan sepenuh daya dalam mengagak sesuatu hukum syarak
  3. Imam Al-Subki mentakrifkannya iaitu berusaha sedaya upaya untuk menghasilkan andaian terhadap sesuatu hukum syarak.
Kesimpulannya, Ijtihad itu ialah sesuatu yang dilakukan oleh Mujtahid yang berkelayakan menganai sesuatu perkara yang tidak terdapat hukum di dalam nas ataupun nas yang berbentuk dhanni.

Syarat Mujtahid

Sebagai suatu penilitian atau penyelidikan. Ijtihad ini tentu sekali mengikut kaedah tertentu dan memerlukan kepada kepakaran-keparakan tertentu. Penilitian terhadap syarat-syarat dan kaedah ini amat penting dalam menjaga kestabilan perkembangan hukum Islam. Mengikut pendapat Al-Syeikh Muhammad Abu Zuhrah,

"Kalaulah penutupan pinti Ijtihad itu suatu yang tidak baik, maka ijtihad yang dilakukan oleh seorang mujtahid yang tidak layak jelas sekali sangat memudharatkan Islam. Kerana itu, seseorang yang mahu berijtihad perlu memastikan dia mempunyai kelayakan untuk berbuat sedemikian. Dia juga perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang objektif umum syariat Islam"

Berdasarkan pendapat tersebut, jelaslah baawa setiap mujtahid itu mempunyai syarat tertentu dalam berijtihad, antaranya;

  1. Mengetahui Bahasa Arab Dalam Segala Segi

    Mengikut Abu Zuhrah. Para ulaama menetapkan syarat ini kerana al-Quran dan Sunnah yang merupakan sumber utama hukum Islam terangkum dalam bahasa arab. memahami bahasa termasuklah perbendaharaan kata, nahu, saraf, balaghah dan sebagainya.

  2. Mengetahui ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan hukum syarak

    Sekiranya timbulnya sesuatu masalah yang hendak diijtihadkan, mujtahid akan merujuk kepada ayat tersebut tentang sebab turunnya sesuatu ayat serta riwayat-riwayat yang berhubung dengan pentafsirannya.

  3. Mengetahui hadith-hadith Nabi (Hadis Hukum)

    Iaitu hadith yang berkaitan dengan hukum syarak yang hendak diijtihadkan sebagai rujukan kepada seseorang mujtahid dalam melakukan ijtihad.

  4. Memahami usul Fiqh

    Pengajian usul fiqh merupakan satu kaedah yang diasaskan oleh uama dalam memahami nas-nas syarak yang berkaitan dengan hukum. Dalam ilmu ini terdapat kaedah-kaedah yang boleh digunakan oleh mujtahid dalam mengeluarkan hukum, contonya Ilmu nasakh mansukh, mutlak muqayyad, ijmak, qiyas dan sebagainya

  5. Memahami objektif syariat

    Ia merupakan satu kaedah yang sangat penting untuk seorang mujtahid dalam menjalankan ijtihadnya agar menepati akan kehendak syariat itu sendiri dan berkaitan dengan kemaslahatan manusia dan kepentingan syariat secara umum.

Perkara Yang Boleh Diijtihadkan

  1. Perkara yang ada nas tetapi tidak qat'ie dan dalalahnya:
    1. Perkara yang dijelaskan oleh nas yang dhannni baik dari segi kedudukannya mahupun pengertiannya dan nas seperti ini adalah hadith, Ijtihad dalam hal ini, mengkaji sanad dan kesahihannya.
    2. Perkaya yang dijelaskan oleh nas qat'ie tetapi pengertiannya dhanni, ijtihad disini adalah pengkajian berkaitan dengan pengertian nas tersebut
    3. Perkara yang dijelaskan oleh nas yang dhanni tetapi pengertiannya qat'ie, ijtihad dalam hal ini berperanan dalam mengkaji kesahihan hadith dan pertaliannya dengan Rasul.
  2. Perkara yang tiada nas dan yang tidak dijinakkan

    Di sini seseorag mujtahid itu akan menggunakan kaedah-kaedah seperti qiyas, istihsan, uruf datau lain-lain kaedah. Disini daerah ijtihad lebih luas daripada lapangan-lapangan lain. Selalunya akn wujud perbezaan pendapat antara mujtahid yang disebabkan oleh persekitaran dan keadaan sekeliling. In menunjukkan fleksiblitinya syariat Islam itu.

Contoh-contoh Ijtihad Zaman Rasulullah

Sebenarnya ijtihad telah berlaku sejak zaman Rasulullah lagi. Walaupun begitu ianya masih belum menjadi salah satu sumber hukum yang mutlak atas sebab-sebab yang tertentu. Banyak sekali contoh-contoh ijtihad yang pernah dilakukan oleh Nabi SAW. Antaranya;

  1. Kes tawanan perang BADAR

    Dalam peperangan tersebut, tentera Islam telah menawan ramai tentera musrikin, bagi menyelesaikan masalah tawanan tersebut, baginda dan para sahabat telah membuat satu perbincangan, Keputusannya, baginda telah bersetuju untuk menawarkan kepada mereka kaedah tebusan untuk membebaskan diri mereka, Namun Saidina Umar membantah sebaliknya beliau mencadangakan agar mereka semuanya di bunuh saja. Keputusan Rasulullah telah ditegur oleh Al-Quran dan telah membenarkan apa yang dicadangkan oleh Saidina Umar melalui firman Allah. "Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum dia dapat melumpukan musuhnya di bumi. Kamu mengkhendaki harta benda duniawi sedangkan Allah mengkhendaki akhirat dan Allah Maha Perkasa lagi Bijaksana (al- Anfal : 67)"

  2. Kes mereka yang menarik diri dari medan perang (Tabuk)

    Perang tersebut telah berlaku dalam musim paas yang terik. Keadaan ini telah menyebabkan ramai dari golongan yang lemah imannya telah menaik diri. Disamping wujudnya satu golongan munafikin. Golongan ini telah datang untuk meminta pengecualian dari Nabi SAW. Rasulullah telah memberi kebanaran kepada merka tanpa membuat penilitian. Tindakan ini telah ditegur oleh Allah dalam surah a-Taubah 43 iaitu

    "Allah megampuni kamu, mengapa kamu membenaran mereka sebelum jelas bagimu orang-orang yang benar (dalam keuzuran) dan sebelum kamu mengetahui orang-orang berdusta."

  3. Kes Abdullah Ubayy

    Beliau merupakan seorang munafik yang hidup di zaman Rasulullah dan rasul sendiri mengetahuitentang latar belakangnya. Apabila beliau meninggal dunia. anaknya yang muslim dan telah datang menemui RasulullahSAW bersetuju, walaupun begit beberapa orang sahajabttidak bersetuju. Akhirnya turun firman Allah

    "jangan sesekali kamu sembahyangkan sesiapa dari kalangan merekayang mati dan kamu hadiri di atas kuburnya. mereka itu kufur dengan Allah dan Rasulnya dan mereka dalam keadaan fasik (at-Taubah)"

Kesimpulannya, jelas kepada kita, ijtihad telahpun berlaku sejak zaman Nabi lagi. Namun begitu ia bukanlah satu sumber hukum yang mutlak. Tujuan sebnar Nabi berijtihad ketika itu ialah sementara menanti turunnya ayat tentang persoalan tersebut, ijtihad Nabi adalah bertujuan untuk emnyelesaikan masalh yang timbul sebagai alternatif sementara menantinya turunya Wahyu. Sebab Ijtihad Belum Dijadikan Sumber Hukum Pada Zaman Itu

  1. Wahyu masih digunakan dan menjadi sumber hukum yang utama ketika itu melalui hadithnya dan penjelasan dari baginda
  2. Rasulullah masih hidup dan menjadi sumber rujukan umat Islam ketika itu melalui hadith da penjelsan dai baginda.
  3. Keputusan berijtihad itu dan wahyu yang diturunkan itu berperanan membenarkan atau menolak ijtihad tersebut.
  4. Sebagai satu panduan bagi umat Islam selepas kewafatan baginda dalam emnyelesaikan masalah umat Islam yang eberkaitan dengan hukum Islam
Dalil-Dalil Syarak Yang Menunjukkan Ijtihad Sebagai Sumber Hukum

Ijtihad merupakan salah satu sumber hukum yang telah dgunakan oleh ulama-ulama sejak zaman selepas kewafatan Nabi hinggalah kezaman sekarang. Kehujahan ijtihad ini dibuktikan berdasarkan kepada dalil-dalil dari al-Quran, as-Sunnah, serta ijmak para sahabat.

  1. Dalil Dari Al-Quran

    Firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat 2:

    "hendaklah kamu mengambil iktibar wahai orang yang mempunyai pandangan."

    Dalam ayat di atas jelas kepada kita bahawa Allah mengesa mereka yang mempunyai kelayakan (para mujtahid) supaya sentiasa berusaha mencari jalan penyelesaian dan memberi pandangan mereka terhadap sesuatu masalah yang timbul agar tidak timbul kekeliruan dalam masyarakat Islam.

  2. Dalil Dari As-Sunnah
    "Apabila seseorang ulama berijtihad, kemudian benar ijtihadnya itu, maka ia mendapat dua pahala dan jika ia berkuasa dan berijtihad lagi, kemudian keliru maka ia mendapat satu pahala"

    Disini jelaslah kepada kita bahawa ijtihad merupakan satu elemen yang etrpenting dalam pembinaan & perkembangan hukum syarak. Ijtihad menjadi alat penggali hukum untuk setiap peristiwa atau permasalahan yang tiada nas syarak.
    Oleh kerana dalam setiap zaman telah muncul permasalahan yang baru yang perlu kepada pemecahan hukum, maka satu kaedah yang dibenarkan dalam Islam ialah berijtihad iaitu hanya kepada mereka yang betul-betul berkelayakan dan sanggup melakukannya sahaja.
    Penutupan pintu ijtihad, seperti yang pernah berlaku suatu tika dahulu merupakan salah satu faktor yang telah memundurkan umat Islam ketika itu. Suatu kesalahan besar seandainya usaha-usaha fuqaha masa lampau tidak diteruskan
    Mereka telah banyak mencurahkan jasa terhadap agama Islam. Akan tetapi masa selalu merubah corak hidup manusia dan sentiasa mengalami perubahan, dan sebagai akibatnya muncul peristiwa-peristiwa baru yang tidak ada pada masa lampau.
    Terdapat peristiwa tersebut, kita tidak boleh berdiam diri sahaja dan tidak boleh berfikiran bahawa ulama-ulama terdahulu tidak membicarakan kes tersebut. Bagi fuqaha tersebut seandainya peristiwa tersebut berlaku pada zamannya nescaya dia juga tidak akan berdiam diri.
    Kesimpulan ijtihad ini harus dilakukan oleh mereka yang berkelayakan berpandukan kepada al-Quran dan As-Sunnah, Qiyas dan sumber-sumber hukum yang lain.

  3. Para sahabat sendiri dan juga tabien sering melakukan Ijtihad terhadap peristiwa dan permasalahan yang timbul yang tiada ketentuannya dalam nas. Banyak sekali contoh-contoh ijtihad yang pernah dilakukan oleh para sahabat. Antaranya seperti yang pernah dilakukan oleh Muaz bin Jbal RA ketika diutus oleh Nabi ke Yaman

    "Nabi bersabda: Dengan apakah kamu akan berhukum nanti sekiranya timbul sesuatu masalah.Jawab Muaz: Aku akan berpegang dengan al-Quran", Kata Rasul " Sekiranya tiada dalam al-Quran?, Jawab Muaz, "Aku akan berpegang dengan Sunnah". Kalau tidak ada didalamnya? Aku akan berijtihad dengan menggunakan pandanganku sendiri. Maka sabda Nabi "Maha Suci Allah yang telah memberi petunjuk kepada utusan Rasulnya"

Pintu Ijtihad Masih Terbuka Atau Sudah Tertutup

Dalam membincangkan persoalan pintu ijtihad masih terbuka atau sudah tertutup, para cendiakiawan sama ada Islam mahupun barat tidak sependapat mengenainya. Secara umumnya mereka boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan.

Kumpulan Pertama : pintu Ijtihad Sudah Tertutup

Golongan ini terdiri daripada cendiakiawan Barat mahupun Islam sendiri. Schacht seorang sarjana Barat berpendapat bahawa doktrin yang dibawa oleh empat Imam Mazhab adalah muktamad walaupun ia bercanggah dengan al-Quran dan As-Sunnah. Beliau mengambil keputusan ini berdasarkan Ijmak yang diputuskan oleh para ulama dalam semua Mazhab pada permulaan kurun keempat Hijrah yang melarang seseorang berijtihad. Ini memandangkan semua kehendak perundangan Islam sudah dibincangkan dalam kitab-kitab Fiqh.
Cendiakiawan Islam seperti Syeikh Husayn al-Jasr meletakkan beberapa pra syarat yang ketat bagi ciri-ciri seorang mujtahid. Prasyarat ini meletakkan bagi mereka yang ingin berijtihad mutlak bukannya ijtihad Muqayyal. Justeru itu beliau berpendapat pengasas mazhab yang empat sahaja yang mencapai tahap Ijtihad Mutlak dengan mengeluarkan hukum-hukum daripada al-Quran dan As-sunnah. Manakala Muhammad Abu Zahrah pula bersetuju dengan pandangan yang menutup pintu ijtihad kerana bimbang ajaran Islam menyeleweng daripada al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qiyas semasa kurun kelima dan keenam hijrah. Berikutan itu beliau mendakwa para pengikut Mazhab Syafie dan Hanafi mengambil langkah tertentu mencegah orang ramai dari mengamalkan ijtihad dikhuatiri akan membawa kepada kejahatan.

Kumpulan Kedua: Pintu Ijtihad Tidak Pernah Tertutup

Golongan ini berpendapat pintu ijtihad masih terbuka luas, ini kerana pada kurun kelima hijrah terdapat ramai ulama masih mengamalkan ijtihad walaupun pada masa itu ada anggapan bahawa ijtihad sudah tertutup.
Mohd. Iqbal berpendapat bahawa salah seorang mujtahid yang hidup pada kurun keenam hijrah ialah Ibn Taimiyyah, tetapi hujah ini disangkal oleh Mohd. Abu Zahrah. Salah seorang yang mempunyai pandangan yang sama dengan Iqbal ialah Rashid Redha. Dalam penulisannya, beliau menegaskan hanya orang-orang politik dan sains sahaja yang mengenengahkan isu penutupan pintu ijtihad. Ini berikutan silap faham mereka terhadap konsep ijtihad dalam perundangan Islam.
Golongan kedua ini menentang keras amalan bertaklid secara membuta tuli tanpa merujuk kepada al-Quran adan as-Sunnah dan menggunakan akal fikiran kerana ia bercanggah dengan ajaran Islam itu sendiri. Amalan budaya bertaklid membantut perkembangan ilmu dan seterusnya menyempitkan pemikiran orang-orang Islam. Lantaran itu, umat Islam hanya akan mengetahui sesuatu hukum tanpa hujah atau dalil dengan hanya merujuk kepada pandangan Mazhab dan ulama masing-masing. Lebih malang lagi ulama tersebut pula hanya merujuk kepada pandangan ulama sebelumnya tanpa mempraktikkan pintu ijtihad yang diberi.
Jamaluddin al-Afghani dan Mohd. Abduh juga mempunyai pendapat yang sama dengan Iqbal dan Rashid Redha. Mereka berpendapat pintu ijtihad tidak pernah tertutup dan ia adalah tanggungjawab agama yang perlu dilaksanakan oleh ulama-ulama yang berkemampuan

atau

Kumpulan Ketiga : Golongan Yang Tidak Jelas Sama ada Pintu Ijtihad Terbuka atau tertutup

Golongan ini adalah kumpulan yang tidak konsisten. pandangan mereka tentang keterbukaan atau penutupan pintu ijtihad. Sesetengah mereka mengatakan pintu ijtihad tertutup kerana ulama sendiri enggan mengamalkannya. Tetapi mereka juga telah menafikan penutupan pintu ijtihad. Mereka juga mengandaikan bahawa penutupan pintu ijtihad hanyalah satu kemungkinan sahaja dan bukannya satu realiti.

Sikap Dalam Berijtihad

Dalam menentukan ijtihad kita dituntut agar berada di jalan yang tengah dan bersikap sederhana. Kita tidak perlu bersikap melampau dalam berijtihad seperti kelompok yang terlalu ketat hingga menyempitkan peluang dan bidang ijtihad atau sebaliknya menjadi kelompok yang terlalu longgar hingga mementingkan maslahh daripada nas.
Golongan pelampau dan terlalu ketat dalam tindak tanduk menentukan hukum bersikap rigid dan tidak bertolak ansur. Pendapat ulama mahzab dan kumpulannya sahaja yang betul dan patut dituruti tanpa melayani kemungkinan bahawa ijtihad dan fatwa boleh tersilap. Sementara golongan lain juga mampu menatijahkan ijtihad yang betul. Ada pula dikaalangan merea yang meniliti al-Quran dan hadith tetapi tidak mengamalkan fiqh serta usulnya. Mereka tidak meniliti sebab-sebab perbezaan pendapat yang berlaku dikalangan ahli-ahli fiqh dan cara mereka mengambil istinbat hukum. serta tidak pula memerhatikan maksud-maksud hukum. Mereka tidak menerima hakikat bahawa hukum mungkin boleh berubah mengikut perubahan zaman, tempat dan keadaan
Kelompok tertlalu longgar pula merangkumi dua aliran, yang pertama mereka yang mengutamakan maslahah daripada nas dan tergolong daripada mereka yang tidak memiliki keahlian dalam bidang syarah. Manakal yang kedua pula terdiri daripada mereka yang suka menghalalkan apa sahaja fenomena yang terjadi. Aliran tabrir ini mudah menggunakan pendapatnya sebagai ijtihad.
Kelompok yang sederhana mengambil jalan tengah dan menghormati nas serta memahami maksud-maksud syariah yang sentiasa relevan dengan tuntutan zaman. Walaupun mereka adalah golongan yang sentiasa mengamalkan ijtihad dalam perkara-perkara baru tetapi ilmu dan kewarakan mereka menjadikan mereka golongan moden yang berada dijalan yang lurus.

KESIMPULAN

Konsep Ijtihad dalah Islam adalah jelas dan terarah. ianya diamalkan sejak zaman awal Islam dan mencapai kegemilangannya pada zaman Imam-imam mujtahid. Dengan adanya konsep ijtihad perundagan Islam lebih menjadi lebih dinamis dan fleksibel dan dapat memenuhi tuntutan semasa dan tempat. Manakala taklid pula adalah budaya yang boleh menyempitkan agama dan memundurkan umat Islam.
Penutupan pintu Ijtihad tidak akan berlaku kerana sifat agama Islam itu sendiri, Walaubagaimana pun amalan berijtihad bukan boleh diamalkan oleh semua individu. Zaman muktahir ini amat sukar mendapatkan seorang mujtahid yang mampu melakukan ijtihad ifradi. Justeru itu untuk mengelakkan berlakunya kekeliruan dan penyelewagan dalam hukum Islam, amalan ijtihad perlu dilakukan secara jamai'e oleh mereka yang berkelayakan.


BALIK