Make your own free website on Tripod.com
Read Message[Help]
prev next
Back to Sent

Date: Tue, 1 Jun 1999 20:22:28 -0700 (PDT)
From: Labuan Kota Belud <dinakan@rocketmail.com> Add to Address Book
Subject: Re: respon
To: hjkambar <hjkambar@tm.net.my>
Assalamuualaikum,

Setelah Bit dan Nadia membentangkan tentang
keadaan kristianisasi di Malaysia termasuklah di
UMS dan UPM, saya berkesempatan berbicara dengan
pelajar IPTQ (Institut Pengajian Tahfiz Al-Quran
dan berbincang sedikit tentang kegiatan ini serta
kefahaman masyarakat terhadap 'Holy Water' atau
'Holy Blood' yang menyebabkan seseorang itu tidak
mampu atau terlupa bagaimana nak mengucap dua
kalimah shahadah. Terdapat penafian dari
keterangan tersebut. Ini mungkin boleh kita
bincangkan sama ada benar penafian ini atau tidak. 

1. Meminum 'Holy Water' adalah satu keadaan atau
uslub (kaedah) menjadikan seseorang itu menjadi
Kristian dan disahkan, sekiranya dalam Islam ia
boleh dikategorikan sebagai 'bersunat', Maka dalam
Kristian ia dipanggil 'baptist'. Tetapi Istilah
'bersunat' dalam Islam ini bukanlah istilah
sebenar untuk menerangkan 'baptist' kerana dengan
mengucap dua kalimah telah memadai seseorang itu
memeluk agama Islam. Jadi sekiranya seseorang yang
meminum 'Holy Water' dan tak boleh mengucap atau
terlupa ayatnya, kita boleh menyatakan ia adalah
'bisu'. kerana semua orang boleh mengucapkan dua
kalimah sama ada orang tersebut Islam, Kristian,
Buddha, Hindu, Marx, atau sebagainya. Hal ini
sepatutnya tak timbul kerana sekiranya seorang
Kristian yang pernah meminum 'Holy Water' boleh
masuk Islam dengan mengucap Dua kalimah (mungkin
hal ini banyak berlaku di negara barat; jadi minta
penerangan dari Azlinda dan rakan-rakan usrahnya
memberi penjelasan), Jadi bagaimana seorang Islam
yang pernah mengucap Dua kalimah tak boleh
mengucap dalam keadaan meminum air tanpa disedari.

2. Kefahaman kita etntang unsur 'mistik'
menjadikan kita fakir dalam hal ini. Mungkin
pengalaman Cikgu Abdul boleh menerangkan hal ini
berdasarkan kefahaman dan pengalaman serta apa
yang terlibat. Penerangan unsur mistik yang saya
maksudkan ialah, boleh atau tidak seseorang yang
diberi munim 'holy water' dilupakan atau tidak
boleh mengucap kerana di'mistik'kan (disihir).

3. Melayu dan Islam, satu penerangan yang cukup
mendalam untuk dihuraikan. Tapi tak mungkin dapat
saya memberikan, Saya berharap rakan-rakan akan
dapat memberi tunjuk ajar.

4. Unsur 'lupa' atau 'tak pandai' mengucap wujud
dalam perbincangan saya terdahulu. Perbincangan
juga meliputi aspek melupai Allah hingga tak mampu
nak mengucap kerana 'tak pandai' atau telah
'terlupa' bagaiman nak mengucap kerana telah lama
tak diucapkan. Seseorang yang solat akan
mengucapkan kalimah ini dan bilangannya paling
minima setiap hari ialah 9 kali sehari dan bagi
lelaki minima ialah 8 kali sehari pada hari jumaat
dan 9 kali hari biasa dan bagi wanita pula berbeza
sikit. Sekiranya kita tak bersolat atau
meninggalkan solat bermakna kita tak mengucap dua
kalimah ini, dan mungkin unsur ini menyebabkan
kita 'terlupa'. Satu definisi yang mudah untuk
menerangkan bagaimana seseorang itu boleh
'terlupa' mengucap dua kalimah.

Rasanya kita boleh bincangkan hal ini, Saya amata
berharap perbincangan dapat dilanjutkan oleh
rakan-rakan. 

Wassalam.

 



===

Madzani @ Saidie Nusa
1-8-1, Pantai Hillpark, Fasa 2, Jalan Pantai Dalam
59200 Kuala Lumpur
603-4317100
dinakan@rocketmail.com
http://members.tripod.com/madzani =
http://www.egroups.com/list/usrahpkpms
Time has a wonderful way of weeding out the trivial.
-- Richard Ben Sapir



---hjkambar <hjkambar@tm.net.my> wrote:
>
> assalamualaikum,
> untuk pengetahuan rakan semua keadaan di sekolah
menengah khususnya di
> smk weston alhamdulillah, masih terkawal. Tidak
didapati sebarang
> apa-apa kes berkenaan berlaku.
> wassalam.
> 
> 

_________________________________________________________
DO YOU YAHOO!?
Get your free @yahoo.com address at http://mail.yahoo.com


  
prev next
Back to Sent


RocketMail - © 1997 Four11 Corporation - All Rights Reserved