Make your own free website on Tripod.com

FC Navigation Console

GERAKAN PENENTANGAN TERHADAP PENTABIRAN SYARIKAT BERPIAGAM BORNEO UTARA PADA TAHUN 1895-1915
 

   Syarikat Borneo Utara terdiri daripada wilayah-wilayah yang diserahkan oleh sultan Brunei dan sultan Sulu kepada Gustav BaronVon Overback (seorang pedagang kaya) dan Alfred Dent (ketua sebuah firma yang bernama Dent Brothers). sultan Brunei telah menyerahkan kawasan-kawasan diantara sungai Kimanis dan sungai Sebuku pada tahun 1877 dengan bayaran tahunan sebanyak $3000. sultan Sulu pula menyerahkan kawasan-kawasannya pada tahun 1878 untuk diusahakan sumber-sumber dikaasan tersebut. sultan Sulu menyerahkan kawasan-kawasan itu dengan bayaran $5000. wilayah-wilayah yang berkaitan adalah yang bermula dari sungai pandasan di pantai barat laut dan meluas sepanjang seluruh pantai timur hingga sungai Sebuku di selatan(1). diantara kawasan-kawasan tersebut ialah negeri-negeri Pitan, sugut, bangaya, Labuk, Kinabatangan dan Mumiang.
   Syarikat Borneo Utara dikendalikan oleh majlis pengarah di London dan diketuai oleh seorang pengerusi. pengerusi yang pertama ialah Sir Rutherford Alcock. pada bulan Mac 1881, sebuah persatuan bernama 'British North Provisional Assiociation Limited' telah ditubuhkan dengan ahlinya seramai lapan puluh orang, termasuk Alfred Dent, Sir Rutherford alcock dan W.H. Read. pada bulan November 1881, kerajaan british dengan rasminya telah memberikan surat piagam kepada persatuan ini untuk memerintah Borneo Utara (2). sejak dari itu Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah ditubuhkan dan mula menjalankan pentadbirannya di Borneo Utara. Sir Rutherford Alcock telah dilantik menadi presiden kompeni yang pertama. Alfred Dent menjadi pengarah Urusan. surat piagam yang telah diberikan oleh pihak British telah memberi kuasa mengenai pentadbiran di Borneo Utara. Namun Syarikat Berpiagam Borneo Utara hendaklah tetap menjadi kompeni British. Kompeni juga tidak boleh sekali sekala mencampuri hal ehwal agama dan adat istiadat bumiputera.
   ApabilaSyarikat Berpiagam Borneo Utara memerintah negeri itu, beberapa orang ketua Sabah menrungut dan mnegatakan adakah mereka patut diperintah oleh segelintir orang putih yang telah membuat surat perjanjian dengan sultan. Tambahan pula, Kompeni berusaha memungut cukai daripaa penduduk tempatan. antaranya cukai tanah, cukai tanaman, cukai kepala, dan cukai perjalanan (3). Ada pula bumiputera yang mempunyai pertalian tali persaudaraan dengan sultan, memberi penentangan akibat kehilangan hak memungut cukai mereka. terdaat juga penentangan akibat pihak kompeni campur tangan dalam adat istiadat pribumi. dengan itu bermulalah beberapa aktiviti penentangan oleh bumiputera terhadap Syarikat Berpiagam Borneo Utara.
   satu-satunya petunjuk mengenai gerakan berpadu menentang kompeni ialah penentangan oleh Mat (mihammed) Salleh yang telah bermula lewat 1894 dan hanya dapat dipatahkan pada tahun 1905. Mat Salleh dalah kelahiran campuran Bajau dan Sulu yang menggabungkan unsur Islam dan anak negeri sebagai Simbol kekuasaannya(4). Kebanyakan orang Islam menganggapnya Imam Hahdi yang muncul semula untuk menyelamatkan manusia. Beliau menggunakan bendera aiaitu panji-panji Islam dan payung kuning diRaja untuk memberikannya martabat serta kekeramatan yang biasanya tidak terdapat dalam penentangan yang berupa tempatan. Mat Salleh mempunyai tali persaudaraan dengan sultan akibat perkahwinan dengan puteri Sulu.
   pada lewat tahun 1894, William Clarke Cowie (seorang daripada pengarah kompeni) dan Gabenor Creagh telah menghadapai kekacauan di Borneo utara. pada masa itulah kompeni telah mula-mula mendengar Mat Sallah (5). seorang kerani yang telah ditugaskan memungut cukai, bernama Haji Onang pulang dari pulau Jambongan mengadu kepada kompeni mengatakan Mat Salleh memungut cukai daripada orang yang hilir-mudik sungai Sugut. Aduan juga dibuat mengataka pengikut-pengikut Mat salleh telah membunuh dua orang peniaga rotan berbangsa Dayak di perkampungan Mat salleh sungai Sugut iaalah kawasan pemerintahan keluarga Mat Salleh sebelum Sultan Sulu menyerahkan kawasan tanahnya kepada pihak kompeni. Mat Salleh tidak mengaku bersalah atas tuduhan-tuduhan tersebut.
   pada bula Ogos 1895, Mat salleh membawa satu pasukan orangnya yang lengkap besenjataserta sekumpulan datuk-datuk berkumpul di Buli Sim-Sim dekat sandakan engan tujuan hendak berjumpa dengan Gabenor Cregh, tetapi gabenor telah pergi ke Teluk Darvel. Mat salleh berjumpa dengan pegawai-pegawai yang menjaga bndar sandakan. Beliau membantah laporan kerani dari Pulau jambongan yang mengatakan Mat salleh memungut cukai daripada orang hilir mudik sungai Sugut serta pegikutnya-pengikutnya yang membunuh dua orang dayak. Datuk-datuk yang mengikutnya pula membantah tentang cukai dan lesen perahu yang dikenakan ke atas mereka. pegawai-pegawai kompeni tidak memperdulikan aduan Mat Salleh. beliau dituduh bersalah kerana membawa pasukan bersenjata.
   Gabenor Barraut telah pergi ke pulau Jambongan dan menyuruh Mat Salleh menyerahkan orang yang membunuh orang dayak Beliau juga meminta Mat Salleh bertemu Gabenor di Sandakan untuk menjawab tuduhan yang dikenakan ke atasnya. Mat salleh menolak sruhan tersebut. Dengan itu kampung Mat salleh diserang oleh kerajaan, tetapi Mat salleh dapat melepaskan diri. Beliau membantah keras tindakan kerajaan. Pada Bulan Ogos 1896, Mat sallah diistiharkan sebagai seorang pelanggar undang-undang. Kerajaan telah menghantar satu angkatan yang dipimpin oleh raffles Flint untuk menangkap Mat Salleh (6).
   pasukan polis tersebut diserang hendap oleh Mat Salleh dekat tempat bernama Perancangan. Kerajaan Britis Borneo Utara telah melancarkan tindakan besar-besaran hendak membunuh Mat Salleh. Satu pasukan telah dihantar ke Ulu Sungai Sugut, tetapi pasukan tersebut kalah dan ramai pengikut-pengikutnya terbunuh dan cedera. Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya telah menghilir ke Muara Sungai Sugut dan berpindah ke Ulu Sungai Labuk dekat Sandakan.
   Pada bulan Julai 1897, Mat salleh dengan angkatan perangnya menyerang Pulau Gaya (7). dan membakar pulau itu serta membunuh seorang mata-mata Sikh dan seorang banduan, melukakan eberapa orang dan menangkap seorang British bernama Neubronner (8). NeuBronner ialah kerani pejabat perbendaharaan Pulau Gaya. Mat Salleh telah mnegambil semua wang, senapang dan peluru yang ada dipulau itu dan menuju sungai Inanam. erangan mat Salleh ek atas Pulau Gaya telah menyebabkan kompeni dan taukeh-taukeh cina di Pulau itu kehilangan wang yang dianggarkan sebanyak $100000.
   pemangku Residen pantai barat bernama Hewett telah menyerang kampung kediaman Mat Salleh di sungai Inanam. Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya memberi tentangan hebat dan bertahan di kubu mereka yang kuat(9). akhirnya Mat salleh dapat dikalahkan dan beliau telah berundur dan mendirikan pusat kekuatannya dekat Ranau. Kubu itu panjangnya 120 ela dan lebarnya 70 ela, serta dikelilingi oleh buluh yang ditajamkan dan dijadikan pagar bernama 'sudah'.
   pada disember 1897, kubu Mat Salleh di Ranau di kepung. saluran air dipotong. berlaku pertempuran. pihak kerajaan dipimpin oleh Jones dan Wise. mereka dapat masuk ke dalam kubu Mat Salleh dan membakar rumah-rumah disitu. dalam pertempuran itu Jones dan empat orang polis terbunuh dan sembilan orang telah luka(10). kompeni kalah lalu berundur dengan kerugian nyawa dan senjata. Mat Salleh mengumumkn bahawa beliau akan terus menentang kompeni dan bertekad memusnahkan semua bangunan dan harta benda kompeni. beliau juga mengumumkan cita-citanya untuk menebus kemerdekaan pribumi dan membentuk kerajaan peribumi(11). kenyataan ini menyebabkan kompeni menjadi gelisah.kepentingan perdagangan dan politik mereka mula tergugat. kubu Mat Salleh telah diserang sekali lagi pada 8 Januari 1898. Mat Salleh dapat menyelamatkan diri.
   pihak kompeni mencari jalan lain. mereka memujuk mat sallah supaya berdamai. William Cowie berpendapat satu-satunya cara terbaik untuk mengelakkan kerugian kompeni ialah melalui perundingan. Mat Salleh menyetujui cadangan tersebut.kedua-dua pihak telah bertemu di Kampung Pulutan dekat Menggatal pada 19 April 1898. Cowie menjanjikan pengampunan terhadap Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya. Mat Salleh juga dibenarkan menduduki Tambunan. Setelah berunding selama empat hari, pada 23 April 1898, dokumen perjanjia damai telah ditandatangani di antara kedua-dua pihak. perjanjian tersebut tidak disenangi oleh beberapa pegawai kompeni seperti Hewett (residen Sandakan), Wise dan Ormsby (kedua-duanya pegawai daerah) da Reddie (komanden polis). mereka meletakkan jawatan. Mat Salleh pula tidak berpuas hati dengan isi perjanjian tersebut kerana banyak perkara yang sudah dipersetujui oleh Cowie tidak dimasukkan dalam perjanjian. namun Mat Salleh pergi juga keTambunan, sesuai dengan kehendk perja njian dan mambuat perkampungan di Toboh(12).
   disekitar perkampungan tersebut, penduduk Kampung Tegass bergabung dengan penduduk Tiawan dan bermsushan dengan penduduk kmapung Sensuran selama dua keturunan. keadaan ini digunakan oleh pegawai-pegawai yang telah meletakkan jawatan tadi. mereka menghasut orrang Tiawan dan Sensuran supaya menentang Mat Salleh kerana beliau membantu orang Tegaas. pegawai-pegawai tersebut juga menekankan bahawa Tambunan akan dikuasai oleh orang Bajau jika mereka tidak bertindak. ini menjadikan kedudukan Mat Salleh tidak tenteram di Tambunan.
   pada suatu ketika orang Tiawan telah menemui pegawai kompeni di Keningau dan meminta kebenaran untuk membina sebuah balai di lembah Tambunan. permohonan tersebut telah diluluskan. Mat Salleh membantah keran kompeni campur tangan dikawasan pemerintahnannya. bantahan itu tidak diendahkan oleh Gabenor Beaufort. daerah menggatal yang telah diserahkan kepada Mat Salleh juga telah dimasuki oleh pihak kompeni. keadaan bertambah buruk apabila dua orang pengikut Mat Salleh bernama Abdul Rahman dan Khalid telah melarikan diri dan meminta bantuan daripada orang Tiawan dan Sensuran. Mat Salleh menuntut mereka diserahkan tetapi tuntutan tersebut tidak berhasil. ini menambahkan kemarah Mat Salleh. Mat Salleh mengarahkan orangnya menerang perkampungan orang Tiawan dan Sensuran dengan bantuan orang Tegaas. tiga puluh orang Tiawan dan Sensuran telah dibunuh dan lapan puluh ekor kerbau dan lembu telah diambil.
   pihak kompeni berasa cemas dan mula bertindak. F.W. Fraser ( pegawai daerah keningau) menemui Mat Salleh untuk memintanya berdamai dengan orang Tiawan dan Sensuran. ketenteraman dapat dipulihkan. Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah mendirikan sebuah balai di Tambunan walaupun dibantah oleh Mat Salleh. Mat Salleh menulis surat kepada Fraser mengatakan jika pihak kompeni mengambil Tambuna maka beliau akan mengambil Sandakan dan Pulau Labuan.
   Pada disember 1899, Majlis Mesyuarat Gabenor Borneo Utara telah bermesyuarat di buat keputusan untuk memerangi Mat Salleh dan beliau harus ditangkap atau dibunuh. Kpte dipilih mengetuai expedisi. pada 31 Disember 1899 dia tiba di Tambunan dengan seratus empat puluh orang dan sebuah meriam besar. Dalam serangan tersebut Harrington dapat menawan semua kampung yang ada di sekitar kubu Mat Salleh. Seramai enam puluh orang pengikut Mat Salleh telah dibunuh.
   Pada Januari 1900, Kampung Toboh diserang oleh pihak kompeni. kubu Mat Salleh di toboh ditawan dan dijadikan pengkalan menyerang kubu utama Mat Salleh di Tibabar. seminggu selepas itu sbeuah kubu Mat Sator (penolong Mat Salleh) diserang dan dibakar oleh kompeni. Mulai 20 Jnauari kubu-kubu Mat Salleh ditembak oleh kompeni. Pada 31 Januari 1900, ketika Mat Salleh keluar daripada lubang dalam kubunya, beliau telah ditembak mati. Mayat Mat Salleh dikebumikan ditempat itu juga dengan aturan Islam. berakhirlah perjuangan Mat Salleh menentang Syarikat Berpiagam Borneo Utara.
   Namun demikian, perjuangan Mat Salleh masih diteruskan oleh teman-teman seperjuangannya. diantara mereka ialah Mat Sator, Mat Daud, Kamunta, Santara dan Langkap. pada 28 April Mat sator telah membawa eramai lebih kurang empat ratus orang bajau, Illanun dan dusun menyerang bandar Kudat. mata -mata kerajaan yang terdiri daripada orang dayak dan Sikh bertempur dengan pejuang-pejuang tersebut. Akhirnya, Mat Sator dan Mat Daud dibunuh.
   pada bulan Mei 1900, Kamunta, seorang penolong Mat Salleh telah menyerang seorang peniaga cina di Tempasuk dan membakar sebuah kampung di daerah Menggatal. pada Jun 1900, seorang pegawai kompeni bernama Hayness telah mati dibunuh. pada bulan berikutnya, kedai-kedai orang cina diTempasuk dan Ulu tuaran telah dibakar. pejabat kerajaan diAbai telah diserang ebanyak tiga kali. Bumi putera yang melawan pihak kompeni tidak berhneti-henti memberikan penentangan kepada kompeni.
   Pada pertengahan tahun 1901, pihak kompeni telah mendirikan dan membangunkan Kota Belud. Kota Belud terletak ditengah-tengah perkempungan masyarakat Bajau, illanun dan dusun. Kota tersebut didirikan semata-mata untuk menyekat penyokong-penyokong yang membantu para pejuang. menjelang tahun 1901, rombongan orang yang melakukan pembunuhan telah beransur-ansur berkurangan akibat tindakan pasukan peronda kerajaan. enam belas orang telah menyerah diri. di antara mereka ialah Timus, Santara dan Sarah. Timus dan santara di anggap sangat berbahaya lantas dibicarakan dan dihukum bunuh di khalayak ramai.
   Seorang pegawai kompeni bernama Dunlop telah menyerang pihak Kamunta. pihak kompeni telah membunuh tiga orang, termasuk isteri Kmaunta. Kamunta dapat melepaskan diri dan cuba menyerang Stesen di Ambong tetapi tidak berjaya. Semangatnya, selepas kematian isterinya semaikn menurun. Pada bulan Mei 1902, Kamunta telah menyerah diri. beliau telah dihukum bunuh oleh kompeni. Tidak lama kemudia Langkap juga terbunuh dalam satu pertempuran. dengan kematian rakan-rakan seperjuangan Mat Salleh, maka tamatlah perjuangan yang dipelopori oleh Mat Salleh.
   perjuangan oleh Si Gunting (puak dusun) dari Mumus telah bermula pada tahun 1894. masalah bermula apabila seorang kerani di pejabat daerah (pegawai kompeni) ingin berkahwin dengan wanita rungus tanpa membayar beriannya. dia ingin memiliki gadis tersebut dengan percuma. Aduan Si Gunting telah disampaikan oleh ketua anak negeri Dato Undok kepda pihak kompeni. kompeni tia melayan aduan tersebut. Si Gunting marah lalu menyerang blai polis Mumus. Tujuh orang polis Sikh dan keranai yang ungin berkahwin telah dibunuh. Si Gunting diburu. beliau melancarkan perang gerila. pasukan yang diketuai oleh A.R Dunlop ditugaskan menagkap Si Gunting. Si Gunting memperkuatkan kubunya di atas bukit di Sayap. apabila kubunya diserang, Si Gunting dan pengikut-pengikutnya menugundurkan diri ke kaki gunung Tembuyukan dan masuk ke kawasan pedalaman. Si Gunting terus berjuang selama sebelas tahun. pihak kompeni kemudiannya menawarkan pengampunan kepada Si Gunting. merasakan dirinya semaik uzur beliau men yetujui niat perdamaian itu. pada tahun 1905 Si Gunting menyerah diri. dengan itu tamatlah perjuangan Si Gunting.
   Penentangan oleh oang dayak pula telah bermula di Rundum. penentangan di rundum ini merupakan satu-satunya penentangan yang dirancang agak sistematik selepas penetangan oleh Mat Salleh. penentanga tersebut telah bermula akibat daripada amalan Ngayau. Amalan Ngayau (kkegiatan memenggal kepala) di anuti oleh masyarakat Dayak di sempadan kalimantan Indonesia dengan Sabah, terutamanya di Daerah Pensiangan, Rundum, Tomani dan disepanjang tebing sungai Tagol. kegiatan ini merupakan ancaman kepada pihak kompeni.
   Pada tahun 1908, orang Dayak telah melaksanakan amalan Ngayau dan di dalam gerakan ii seramai tujuh belas orang Murut telah terbunuh. Pihak kompeni tidak dapat menyekat kegiatan ini. Orang Murut pula telah merancang melakukan sat serangan balas ke atas orang Dayak di sempadan wilayah Kalimantan Indonesia. Untuk menyekat rancangan mereka pihak kompeni telah membina sebuah pos polis di Rundum.
   Rang undang-undang yang menharamkan amalan Ngayau telah dikuatkuasakan oleh kompeni. Orang Murut dengan itu tidak dapat membalas ke atas orang Dayak. Sebaliknya mereka melepaskan dendam terhadap pihak kompeni. satu gerakan sulit dirancang untuk menentang undang-undang ini, yang dipimpin oleh Antanum. Antanum menyatupadukan kaumnya. Menuru Antanum, perjuangan orang Murut adalah untuk menebus marah mereka. Mereka menentang kompeni kerana pada pendapat mereka kompeni menghalang mereka daripada menebus malu yang telah diakibatkan oleh orang Dayak.
   Serangan pertama dilakukan terhadap romboongan Baboneau (pegawai daerah kompeni) yang bertukar dari Runduk ke Pensiangan. dalam serangan ini Baboneau telah terselamat, lalu beliau meminta bantuan kompeni. Antanum kemudiannya menyerang pusat pentadbiran kompeni di Mesapol dan Pensiangan, mengakibatkan kerosakan bangunan dan harta benda.
   Pada tahun 1915, orang Antanum menyerang Stesen Rundum. beberapa orang Dayak sarawak telah ditawan dan diseksa sebelum dibunuh. Selepas berjaya di Rundum, Antanum dan pengikut-pengikutnya telah berundur ke Selangit dan membina kubu disitu. Walaubagaimana pun, pihak kompeni telah dapat menawan kubu tersebut dengan serangan mendadak. Antanum dan beberapa orang pengikutnya telah terbunuh. Barraut dan P. Wise, selaku ketua pasukan kompeni telah menghukum pengikut-pengikut Antanum yang tertangkap. Mereka disuruh berjumpah taat setia kepada kompeni dengan menyembah darah kerbau dan menguburkan kepalanya di batu persumpahan. sejak itu tiada penentangan orang Murut terhadap pihak kompeni.
   Kesimpulannya, gerakan penentanagn terhadap Syarikat Berpiagam Borneo Utara yang telah mula rancak sejak kemunculan Mat Salleh (akhir 1894) merupakan satu masalah yang menggugat kedudukan pihak kompeni di Borneo Utara. Namun demikian taktik gerila yang dikenakan oleh pejuang peribumi dapat diatasi oleh pihak kompeni. Selepas penentangan Rundum, yang tamat pada tahun 1915, satu keadaan yang aman dapat dikembalikan di Borneo Utara diman penentangan terhadap Syarikat Berpiagam Borneo Utara semakin pudar di kalangan rakyat peribumi.


Nota Kaki

Buyong Adil, Sejarah Sabah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1981, hlm. 6

Ibid

Ismail Abbas dn K. Bali, Peristiwa-peristiwa berdarah di Sabah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1985, hlm, 39.

Barbara Watson Andaya dan leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia, Macmillan Publishers, 1983, hlm 221.

Buyong Adil.

Ismail Abas dan K. Bali

Tregonning K.G., Under The Chartered Company Rule (North Borneo 1881-1946), university Of Malaya Press, Singapore, 1958, hlm 202

Buyong Adil.

Buyong Adil.

Rutter Owen, British North Borneo: An Account of its History, Resources and Native tribes, Constable and Company, 1922, hlm 195

Ismail Abas dan K. Bali

Ismail Abas dan K. Bali

Ismail Abas dan K. Bali

Ismail Abas dan K. Bali

Ismail Abas dan K. Bali

Rutter Owen

Ismail Abas dan K. Bali

Tregonning K.G.,

Ismail Abas dan K. Bali

By Madzani @ Saidie Nusa


Balik