Madzani Hompej
Make your own free website on Tripod.com

FC Navigation Console

MAJALAH AL-IMAM DAN SEMANGAT NASIONALISME

1.0 Pengenalan

" Nasionalisme sebagai satu keadaan fikiran yang menyerap masuk ke dalam jiwa sebahagian besar rakyat dan didakwa menyerap masuk ke kalangan semua anggotanya; dia mengiktiraf negara-negara bangsa sebagai bentu organisasi politik yang unggul dan bangsa sebagai punca bagi segala kehidupan budaya yang membina dan punca kesejahteraan ekonomi."

Pengertian Nasionalisme ini diterangkan oleh Hans Kohn. Namun, itu adalah pandangan dari aspek barat atau di Eropah yang mempunyai budayanya yang tersendiri berbanding dengan Asia Tenggara yang mempunyai Kebudayaan Timur seperti mana yang diterangkan oleh Muhammad Abu Bakar.
"Nasionalisme ala Melayu adalah berbeza dari nasionaisme ala Barat. Nasionalisme Melayu tidak bersifat angkuh, nasionalisme Melayu menjunjung tinggi maruah manusia, dan nasionalisme Melayu bertindak untuk menyatupadukan bangsa dan memberikan kekuatan ." Oleh itu, Abdul Latif Abu Bakar menghuraikan nasionalisme sebagai; "Gerakan kesedaran yang menumpukan perhatian bagi menentukan nasib sendiri, bangsa dan negara untuk mencapai kebebasan dan kesejahteraan serta memupuk keperibadian sejati. Ini berpunca daripada tekanan dan pengaruh asing atau penjajah sehingga anak negara lemah dan tertinggal dalam lapangan ekonomi, sosial, politik dan kebudayaan" .
Selain itu juga, Bagi orang Melayu di negara ini semangat nasionalism itu juga berasaskan kepada faktor lain yang boleh dikatakan saling berkait antara satu sama lain . Dan seterusnya kesedaran nasionalisme di kalangan orang-orang Melayu mempunyai kaitan dan hubungan rapat dengan kepentingan agama Islam itu sendiri . Ini adalah kerana kesedaran atau kebangkitan semangat kebangsaan orang-orang Melayu itu tidak boleh dipisahkan daripada agama Islam yang merupakan sebagai penggerak yang utama . Oleh kerana itu juga, kebangkitan nasionalisme terawal adalah di kalangan golongan agama kerana golongan agama sangat berpengaruh kepada orang ramai, terutama pada peringkat kampung . Ini juga telah menimbulkan persoalan di kalangan mereka yang mendokong Islam secara lebih kuat seperti guru-guru agama yang baru pulang dari Asia Barat dan pemimpin-pemimpin agama tempatan. Atas kepentingan dan pergerakan Islam itu maka ia telah dapat melahirkan rasa kekuatan di kalangan umat Islam itu sendiri, khususnya orang-orang Melayu .
Tetapi kedudukan agama Islam di bandar-bandar besar seperti di Singapura dan pulau Pinang adalah diperkuatkan oleh golongan Arab dan Jawi Peranakan. Mereka ini memainkan peranan penting dalam mempertinggikan ilmu pengetahuan dan kegiatan yang bercorak agama dengan berbagai-bagai cara seperti mendirikan madrasah dan persatuan-persatuan Islam . Golongan inilah yang digelar Golongan Al-Imam yang membawa semangat nasionalisme di kalangan orang-orang Melayu dirantau ini khususnya di Malaya ekoran dari kegiatan golongan intelek Melayu berpendidikan agama yang mempunyai objektif;
"mengingatkan mana yang lalai dan menjagakan mana yang tidur dan menunjukkan yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebajikan."


2.0 Golongan Al-Imam
Untuk membincangkan tentang Golongan al-Imam, perlulah diperingatkan bahawa golongan al-Imam juga mempunyai beberapa gelaran lain dan gelaran yang paling dikenali ialah "KAUM MUDA". Golongan Al-Imam adalah terdiri daripada beberapa orang yang mempunyai pendidikan sama ada pendidikan Timur Tengah mahupun berpendidikan Melayu antaranya Syeikh Muhammad Salim al-Kalali, Syeikh Mohd Tahir Jalaluddin, Syed Syeikh Al Hadi dan Haji Abbas Mohd Taha . Diantara mereka yang menjadi pemimpin Syeikh Mohd Tahir Jalaluddin, Syed Syeikh Al Hadi dan Haji Abbas Mohd Taha yang sering dikaji oleh para pengkaji nasionalisme kerana mereka ini telah dicap dengan pelbagai label seperti "Kaum Sesat", "wahabi", "Kaum Muda", dan "Kaum al-Manar" walaupun ramai lagi antara mereka seerti Sayid Abdullah bin Aqil dan ZA'BA .
Golongan ini digelar Al-Imam(pemimpin) kerana mereka adalah pengasas pertama Majalah al-Imam pada tahun 1906 walaupun hanya mampu bertahan selama dua tahun sahaja (1906-1908) .
Golongan al Imam kebanyakannya bukan berdarah Melayu tempatan kecuali Haji Abbas. Mereka adalah berkuturanan Arab ataupun dipanggil Jawi Peranakan. Namun itu mereka telah menyesuaikan diri dengan masyarakat Melayu sehingga telah sebati dengan keadaan dan cara hidup orang melayu seperti yang dinyatakan oleh Syeikh Mohd. Salim al-Kalali;
"Sudah minum kami akan air susunya dan telah tumbuh darinya daging darah kami dan telah terbit daripadanya nikmat perhatian kesenangan kami. Tidakkah jadi terhutang kami kepada negerinya dan anak- anaknya" .
Dengan sebab itu al-Imam berasa kewajiban dalam menyedarkan orang Melayu dan memberi tunjuk ajar serta bimbingan kepada mereka. Ia berasa bertanggungjawab untuk mencegah orang Melayu terutama golongan pembesar daripada khayalan dan kelalaian yang telah menyebabkan kemunduran dan kehinaan bangsanya dan juga tanah airnya. Sebab itulah akhbar yang diterbitkan dinamakan AL-IMAM(Pemimpin) Penerbitan majalah al-Imam adalah strategi dan penentangan golongan al-Imam atau golongan Ulama dalam bentuk perang saraf dan gerakan revolusi mental . Untuk memahami tentang pandangan dan pemikiran golongan al-Imam baiklah kita melihat serba sedikit tentang latar belakang kehidupan mereka terutamanya toga orang pelopor akhbar al-Imam dan yang membawa konsep KAUM MUDA;
Syeikh Tahir Jalaluddin lahir di Kota Tua, Ampek Angkek, Minangkabau disumatera Barat pada tahun 1869. Dia dihantar ke Mekah untuk mempelakari ajaran agama Isam secara lebih mendalam selama 20 tahun dalam bidang Falak. Oleh kerana itu, beliau juga di gear Syeikh Tahir Jalaluddin al-Falaki kerana kemahirannya dalam ilmu Falak. Selama empat tahun di Mesir, fikiranya mula terbuka untuk memahami konsep Muhammad Abduh dan Syed Jamaluddin al-Afghani. Syed Jamaluddin al- Afghani adalah berasal dari Afganistan. Pada tahun 1898, beliau turut serta menulis rencana dalam rencana al-Manar yang diterbitkan oleh Rasyid Ridha (pengikut Muhammad Abduh yang paling cergas) oleh kerana penulisan ini jugalah Syeikh Tahir digelar oleh Kaum Tua sebagai "Al-Manar". Ia kembali ke Tanah Melayu pada tahun 1899. Oleh kerana ilmu yang ada pada dirinya beliau dilantik oleh sultan Perak menjadi Pemerksa Kiblat Masjid dan berkuasa menarah penghulu Kadi dalam hal yang berkaitan dengan ilmu Falak. Pernah juga dilantik sebagai Ahli mesyuarat orang besar-besar dan ulama Perak. Semasa bekerja sebagai Pilgrim Broker (menguruskan orang-orang yang hendak menaiki Haji) diSingapura beliau telah menerbitkan al-Imam bersama orang- orang kaya di Singapura termasuklah Al-Hadi. Kemunduran masyarakat Islam yang dilihat rata-rata di Nusantara meyakinkanbeliau bahawa jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah itu ialah dengan cara mengemukakan pandangan Islah terhadap agama Islam yang dirasakan menjadi punca segala kekeliruan dan kelemahan itu. Selain al-Imam beliau juga terlibat secara angsung dalam penerbitan al-Ikhwan, Semangat Islam, saudara dan sedikit dalam bumiputera dan Pengasuh di Kelantan.
Haji Abbas Mohd Taha pula lahir pada 1885 di Tanjung Pagar, Singapura. Berketurunan minangkabau dan menghabiskan masa mudanya belajar di Mekah, kembali ke Singapura pada 1905. Sebelum bertugas sebagai pengarang al-Imam beliau pernah bekerja sebagai guru agama, Imam masjid Tanjung Pagar. Pernah juga menjadi Kadi besar di Singapura. Beliau menerbitkan akhbar Neracha pada tahun 1910 dan diikuti majalah Tunas Melayu pada tahun 1913. Kedua-dua akhbar ini meneruskan cita-cita yang diperkenalkan oleh al-Imam. Ini meletakkan beliau sebagai seorang ulama dan tokoh islam yang berjaya menyambungkan Islah Islam yang diasaskan oleh al Imam akhirnya sejak dari tahun 1940 beliau seadar menjadi guru agama di Selangor dan Mufti di Pahang.
Syed Syeikh Al-Hadi, tokoh terpenting sesudah Sheikh Tahir. Beliau adalah tokoh Islah yang paling vokal menyuarakan kritikan kepada pemimpin agama dan pemimipin masyarakat yang lalai dan alpa dalam menyempurnakan tugas mereka kepada masyarakat. Lahir di kampung Hulu, Melaka lebih kurang pada tahun 1862, dari keturunan Arab-Melayu. Menadapat pendidikan di sekolah Melayu negeri-negeri Selat dan belajar agama di Kuala Terengganu dan mendalami ilmunya di Pulau Penyengat di Riau semasa menjadi anak angkat kepada Raja Ali Kelana.Hubungan rapat dengan keluarga diraja membolehkan beliau melawat Mesir dan Mekah. Melalui Tahir Jalaluddinlah beliau memperoleh idea Islah Muhammad Abduh. Beliau pernah menjadi peguam syariah,pendidik, saudagar dan penulis rencana-rencana yang bersemangat dan berterus-terang. Perjuangannya dilakukan di dalam majalah Al-Imam dan diteruskan dalam majalah Al-Ikhwan di Pulau Pinang. Dianatara tahun 1925-1926 beliau menerbitkan novel saduran Hikayat Faridah Hanum bertujuan menyedarkan golongan Wanita ketika itu. Manakala dalam akhbar Saudara,beliau memberi kesempatan kepada umat Islam mengemukakan pendapat mereka di dalam ruangan akhbar. Pembaharuan ini meyebabkan berlaku perselisihan dengan golongan kaum Tua. Meninggal dunia d Pulau Pinang pada 20 Februari 1934.

3.0 Peranan Golongan Al-Imam
3.1 Pembaharuan Pemikiran
3.1.1 Keagamaan

Golongan al-Imam cuba membawa perubahan terhadap kehidupan manusia dengan mengambil aspek keagamaan sebagai teras perjuangan islahnya ini adalah kerana Islam sebagai keseluruhan yang sebati dalam cara hidup orang-orang Melayu itu , tidak dapat dipisahkan kepada bahagian dan lapangan tertentu . Oleh itu golongan Al-Imam merasakan kelemahan dalam aspek keagamaan itu merupakan penyakit menyebabkan terbantutnya perkembangan kemajuan pendidikan, ekonomi, sosial dan politik orang Melayu. Sheikh Mohd Salim Al-Kalali dalam rencana pertamanya menegaskan bahawa , tugas pemimpin-pemimpin rakyat ialah menentukan penyakit itu dan menentukan pula ubat baginya . Mereka cuba membawa pembaharuan dengan memberikan tafsiran tentang keagamaan termasuklah berkaitan dengan ibadah;
"Pengertian ibadah begitu sempit bagi mereka, hanya berkisar disekitar ibadah sembahyang, puasa, zikir, nikah kahwin. Dan yang seumpamanya sedangkan pengajaran dan pengertian ibadah serta ruang lingkupnya dalam yang merangkumi segenap aspek dan ciri kehidupan ukhrawi dan duniawi ."
Syeikh Mohd. Salim pula menyatakan,
"....pintu yang mengukuhkan dan menyungguhkan segala hajat itu ialah mengetahui akan hakikat agama kita kerana ialah ubat yang sangat mujarab bagi segala penyakit umat kita ini ."
Ini bererti untuk memperolehi kemajuan dari semua bidang tersebut,perlu mengukuhkan keutuhan dalam hal-hal keagamaan dalam masyarakat Melayu itu sendiri. Bukan sahaja tentang pengukuhan agama yang mereka sentuh tetapi juga tentang peranan golongan ulama lain yang masih terikat dengan tradisional .
Atas kesedaran orang orang Melayu tidak mematuhi ajaran Islam sebenarnya. Sebilangan besar mengamalkan perkara yang terang-terang ditegah oleh Islam disamping memperkecilkan perkara yang disuruh oleh agama .
Oleh itu pada mereka (golongan al-Imam) memahami ajaran Islam dengan cara yang sebenar-sebenarnya serta teliti .Islam haruslah dipandang dan ditilik dengan kaca mata yang lebih luas sebab pemikiran dan pemandangan yang cetek dan sempit akan menjadikan sesuatu umat itu sesat ini adalah kerana pada pendapat mereka pembaharuan dalam Islam adalah bersesuaian dengan peredaran zaman . Tuhan telah memberikan akal kepada manusia untuk digunakan sebaik mungkin dan dimajukan dan bukan hanya mempersoalkan tentang sesuatu perkara tanpa sebab .
Dibentuk oleh kesedaran akan terkebelakangnya umat dan dihimpit oleh halangan sistem kemutlakan tradisional yang bercorak tradisional dalam politik konservatif dan taqlid dalam kehidupan keagamaan, maka para "pembaharu" yang terlibat dalam proses kebangkitan ini menekankan peranan akal dalam kehidupan keagamaan dan aktivitisme dalam kehidupan sosial . Kesan daripada ini maka golongan al-Imam berpendapat bahawa orang Melayu telah menganuti kepercayaan yang salah dan mereka itu sebagai pak turut saja tanpa mempunyai pandangan dan fikiran yang kritis .
Melalui majalah Al-Imam ,golongan Muda(juga dipanggil golongan al-Imam) ini cuba menyedarkan golongan Tua (golongan yang masih mencampuradukkan antara tradisional[adat] dan agama) dengan menyatakan mereka telah membawa satu pegangan yang salah yang menyebabkan orang Melayu yang keseluruhannya penganut setia Islam sering menyalahtafsirkan ajaran agama pada dasar dan pengertian yang sebenarnya .. Semua ini dinyatakan oleh Syed Sheikh A-Hadi;
"Amalan khurafat uamat Islam dan sikap statis pemimpin agama dan sekular waktu itu sebagai punca menimbulkan keadaan kejatuhan masyarakat Melayu ."
Penyataan ini juga mengkritik golongan Tua yang menganggap,
"bahawa berlemah lembut dengan segala bangsa(membuat perhubungan baik) dan bersuka-sukaan dan berhiasan rumahtangga kampung halaman atau pakaian diri dan mengetahui ehwal alam ini berlawanan dengan kehendak agama ."
Sehinggakan mereka menjauhkan diri dari melakukan hal-hal tersebut sedangkan ianya tidak menjadi larangan dalam Islam. Ini bermakna mereka telah menolak kunci untuk menuju ke arah kemajuan bukan saja pada dirinya bahkan masyarakat Melayu ketika itu. Atas penoloakan golongan tradisi terhadap kemajuan ini menyebabkan golongan al-Imam hendak menyedarkan mereka dari kesalahan-kesalahan mereka itu dan mengetahui tanggungjawab masing-masing kerana pada mereka Islam itu merangkumi keseluruhan cara hidup dan perkembangan sejarah budaya Islam itu sendiri . Manakala menerusi budaya islam ini identiti dan sejarah budaya sendiri itu tetap menjadi asas kepada pertumbuhan budaya seterusnya dan semua ini membawa kepada kemajuan manusia dan umat Islam keseluruhannya. Golongan Al-Imam percaya bahawa golongan terdidik yang baru muncul itu,akan dapat menjalankan usaha untuk mengikis pendapat kolot daripada pegangan orang Melayu tradisi dan sekiranya berjaya maka pastilah umat Islam kembali kepada kemegahan yang asal dan kemuliaan yang lalu . Kerana Islam itu sendiri telah merangkumi semua aspek kehidupan orang-orang Melayu .
Al-Imam juga menyeru orang Melayu menoleh ke negeri Jepun. Walaupun mereke menerima segala perubahan dalam bidang ekonomi, politik dan pertahanan tetpi masih tetap dengan agama mereka dan tidak was-was mengambil perubahan barat khususnya pendidikan sebagai alat untuk memajukan bangsa dan negaranya. Manakala orang Melayu enggan bertembung dengan tamadun Barat dan menganggap mereka sebagai musuh Islam.

3.2 Pembangunan Masyarakat

3.2.1 Sosial

3.2.1.1Hak wanita
Golongan Al-Imam juga mengambil berat kedudukan wanita dalam masyarakat . Mereka menganjurkan kebebasan yang lebih luas bagi kaum wanita mendapatkan pelajaran dan mengambil bahagian dalam urusan-urusan masyarakat . Abu Bakar Hamzah menyatakan;
" As for the Muslims in Malaya, they have numerous problems chief among these is regarding woman' status, their rights and legitemate position in society. Women have to be given the necessary education and traning because they are the natural partners of men in their strunggle for greatness and glory in their life ."
Oleh kerana golongan ini memainkan peranan penting dalam kecemerlangan dan kejayaan dalam kehidupan kaum lelaki , seharusnya beberapa perubahan perlu dilakukan diantaranya ialah mengadakan kelas perempuan sehingga darjah tiga dengan tujuan memberi pelajaran membaca Quran dan pelajaran agama supaya dapat melahirkan ibu- ibu yang berpelajaran .
Dalam menyedarkan masyarakat Melayu, Sayid Sheikh Al-Hadi berkesempatan menegaskan pentingnya pelajaran dan kebebasan yang luas bagi kaum Wanita serta tingginya nilai kesucian dan kesetiaan yang dimiliki oleh wanita kepada masyarakat umum melalui novelnya iaitu Hikayat Faridah Hanum yang diterbitkan pada 1925 . Novel ini telah menjadi kontraversi apabila ia menceritakan tentang kebebasan wanita dalam kehidupan yang sebelum ini wanita Melayu adalah orang yang sangat pemalu. Tetapi dengan penulisan a-Hadi ini menyebabkan penentangan Kaum Tua yang telah mengelarnya sebagai "Kaum Sesat" ini kerana penulisan Al-hadi dalam novelnya Faridah Hanum ia seperti membenarkan hidup berkasihan dan berpasangan yang selama ini amat ditentang oleh Kaum Tua. Penjualan buku ini telah menyebabkan keuntungan yang besar kepada Kaum Muda apabila degan penjualan yang diulang cetak ini menyebabkan tertubuhnya Jelutong Press yang terus memainkan fungsi sebagai syarikat percetakan Kaum Muda. Untuk menyedarkan kaum wanita ini , golongan Al-Imam telah membuat perbandingan mengenai keadaan dan fungsi wanita Amerika dengan wanita Islam. Mereka menyatakan;
"wanita Amerika berusaha sendiri mencari jalan hal kehidupan mereka, sehinggakan melakukan kerja-kerja yang berat seperti bekerja dalam syarikat, membina bangunan-bangunan dan gedung yang besar, sama- sama memikul batu-bata, kayu-kayu dan alat perkakas binaan yang sebelumnya adalah pekerjaan yang tidak pernah dilakukan oleh kaum wanita di Tanah Melayu ."
Walaupun golongan al-Imam membandingkan tentang orang Amerika dan orang Islam tetapi apa yang dimaksudkan ialah bukan mengambil sepenuhnya apa yang ada i Amerika tetapi yang cuba diterangkan ialah bahawa wanita juga mempunyai peranan dalam memajukan negara dan membebaskan negara dari cengkaman penjajah. Golongan al- Imam juga cuba menunjukkan wanita sebenarnya boleh berdikari dan tidak lagi duduk di ceruk dapur tetapi untuk mencapai kesempurnaan kecemerlangan hidup pendidikan adalah penting. Oleh kerana itu, penekanan terhadap pendidikan telah ditanamkan kepada kaum wanita. Walaupun pandangan golongan ini mendapat kecaman khususnya dari Kaum Tua. Mereka masih terus memberi galakan supaya mereka meneruskan perubahan tersebut dan mengerjakan pekerjaan yang munasabah dengan hal merekaitu.Keberanian mereka ini sedikit sebanyak telah dapat menggalakkan keinginan kaum wanita untuk mendapatkan pendidikan.


3.2.1.2 Pendidikan
Menurut Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin Al-Falaki satu cara untuk mengatasi kelemahan orang Melayu ialah dengan cara meninggikan lagi ilmu pengetahuan mereka . Al-Imam dalam keluaran July 1906 ada menyatakan pendidikan adalah;
".....it is connecting factor which brings most of the people to their destination of greatness and excellece. Knowledge is in fact the treasury of truth and the reservior of wisdom; it is the proper channel toward perfection, the light which, when it occupied the two human vessels-the heart and head-will illuminate all over the country ".
Oleh itu pendidikan ini mempunyai hubungan rapat dalam perubahan dari aspek keagamaan, sosial ,politik dan ekonomi orang Melayu. Atas kesedaran pentingnya Ilmu itu dijaga dan Islam itu memainkan peranan yang lebih luas telah disedari lebih awal lagi.
Golongan Al-Imam menekan keutamaan ilmu sejarah yang menurutnya merupakan kunci untuk kesedaran dan kemajuan satu-satu bangsa. Sejarah telah menunjukkan bahawa pelajaran adalah satu-satunya alat yang mustahak bagi bangsa tujuan pembangunan dan mencapai kejayaan .
Pembaharuan dan pembangunan yang disediakan oleh British belum mencukupi untuk orang Melayu khususnya dalam pendidikan bahkan dapat dilihat di Pulau Pinang, Singapura dan Sumatra tidak ada anak Melayu yang benar-benar pandai dalam pelajaran. Sekiranya mampu bekerja dengan kerajaan, dari segi pendapatan pula,
"tiada yang boleh menyampaikan sekurang-kurangnya pendapatan anak- anak bangsa Eropah ".
Golongan Al_Imam menyatakan keadaan ini timbul adalah disebabkan kelalaian raja- raja dan orang-orang besar Melayu sengaja tidak mengambil berat ,
"tidak mahu memikirkan dan menilik dan menyediakan bagi masa yang akan datang dan mengadakan pelajaran bagi anak-anak watan mereka itu ".
Padahal kebanyakan rakyat berkemampuan menyediakan wang untuk memberikan pelajaran untuk anak mereka. Golongan Al-Imam melihat keadaan ini disebabkan orang kaya dan bangsawan cetek pengetahuan dan pelajaran kerana mereka lalai dalam kehidupan yang diselubungi kesenangan dan kemewahan. sedangkan menurut AL- Imam;
"...yang boleh memaksa mereka itu tiada lain melainkan raja atau kerajaan atau ketuanya yang ditakutkannya ".
Oleh itu golongan Al-Imam merasakan rakyat biasa perlu membuat perubahan. Perubahan yang dimakudkan ialah perubahan sikap daripada tidak mementingkan ilmu pengetahuan kepada mementingkannya. Oleh kerana itu seorang guru telah memberikan cadangan tentang peringkat persekolahan dan pelajaran bagi anak-anak Melayu dan guru tersebut ialah Haji Mohd.Tahir. menurut Haji Mohd Tahir sepatutnya terdapat telah empat peringkat persekolahan atau pelajaran yang wajar diberikan kepada orang Melayu. pendidikan yang dimaksudkan bukan ahaja tertumpu pada hal-hal agama tetapi juga pendidikan yang diberikan oleh orang-orang barat. Ini untuk menutup pandangan golongan tradisional bahawa selama ini Islam yang dibawa oleh golongan al-Imam itu dianggap oleh sistem pendidikan tradisional dengan hal-hal sekular seperti pendidikan moden yang dibawa dari Barat itu.
Namun Golongan Al-Imam terus menggesa orang Melayu menyokong cadangan yang dikemukan oleh Haji Mohd. Tahir dan menyeru mereka menyuarakannya kepada pihak Raja-raja Melayu dan Pesuruhjaya Tinggi British agar mengadakan wang peruntukan khas untuk sekolah-sekolah tersebut. Seperti yang ditulis oleh William R. Roff;
"However limited one's opinions or activities, for the terms were looked once in time, as denoting fundamental it shitting, division in society, whether the context was religion education, domestic life or politics ."

3.2.2 Ekonomi
Apabila penjajah menceroboh negara tercinta ini dan melaksanakan dasar perluasan pengaruh dan wilayah secara "pecah dan perintah". Ini secara tidak langsung mewujudkan sistem ekonomi kapitalis yang amat jauh berbeza deripada amalan sistem ekonomi tradisi. Dasar "pecar dan perintah" serta sistem ekonomi kapitalis ini sekaligus bertanggungjawab meningkatkan kadar kemiskinan penduduk luar bandar . Masalah kemiskinan dapat dikatakan amat ketara dikalangan orang-orang Melayu dan kesedaran tentang ini memang telah dirasai oleh golongan elit Melayu pada zaman kolonial itu . Atas kesedaran bahawa rakyat peribumi seerti tertindas di bumi sendiri maka golongan al-Imam menekankan bahawa rakyat tempatan perlu bersaing hebat dengan etnik lain sekiranya mereka mahu terus hidup di bumi ini dan bukannya pendatang. Ini dinyatakan dalam petikan;
"Walaupu sering dikatakan orang Melayu penduduk peribumi negara ini disebut "bumiputera" serta menguasai sistem politik dan pemerintahan negara ini, tetapi dalam bidang ekonomi atau perjuangan merebut nilai kebendaan, mereka tewas kepada golongan imigran ."
Kesan persaingan orang Melayu dengan berbagai-bagai kumpulan etnik yang datang ke negara ini telah memberi kesedaran kepada orang-orang Melayu tentang kedudukan diri mereka dalam berbagai-bagai lapangan. Golongan al Imam cuba menerangkan tentang kelemahan dan keterbelakang orang Melayu dalam serba lapangan apabila bersaing dengan berbagai-bagai etnik lain atau dikatakan etnik yang mendatang yang didapati lebih maju dan lebih berjaya dalam berbagai-bagai lapangan .
Golongan al-Imam juga menerangkan bahawa penjajah akan terus membiarkan orang Melayu terus dalam sektor pertanian yang tidak mempunyai daya pengeluaran dan pulangan yang tidak stabil . Oleh kerana itulah;
"Kehidupan orang Melayu sudah tentu seperti telur dihujung tanduk, melukut di tepi gantang atau seperti hidup di dalam "Neraka Dunia" .
Pada pendapat golongan al-Imam
"Rezeki itu bagaikan hujan terpancar di tengah-tengah manusia di satu tempat sampai terlanda banjir, sedang dilainnya kering. Yang sangat kuat berusaha sepenuh tenaga, tapi tidak mendapat, yang lemah lagi tidak berdaya, sampai berlimpah hartanya ."
Berdasarkan petikan di atas, golongan al-Imam begitu menyelar golongan tradisi atau golongan Tua (Kaum Tua) tentang ekonomi rakyat tempatan. Ia menyatakan bahawa segala keuntungan telah bibawa ke negara barat kerana kelemahan pentadbiran para pentadbir Melayu dan golongan yang begitu mementingkan agama tanpa mengambil kira tentang ekonomi. Oleh itulah Syed Syeikh al-Hadi telah mengarang buku Faridah Hanum untuk memusnahkan pemikiran kolot Kaum Tua. Dan hasil jualan buku ini telah menyebabkan Jelutong Press dapat ditubuhkan dan ini membolehkan al-Hadi meneruskan penerbitan dan mencurahkan idea Islahnya.
Malahan dalam keadaan tertentu kekuatan kesedaran semangat kebangsaan Melayu itu sendiri dengan jelas sebagaimana telah diterangkan bukan sahaja menentang kolonial, tetapi juga bersaing dengan etnik-etnik yang datang. Kedudukan itu bertambah rumit apabila etnik yang datang itu didapati mempunyai kedudukan dan peluang ekonomi yang lebih baik . Selaran Golongan al-Imam terhadap Kaum Tua ini menyebabkan sedikit sebanyak telah menyedarkan rakyat tempatan tentang suasana atau keadaan yang menimpa mereka akibat kelalaian meraka dan kealpaan Kaum Tua yang tidak mahu merubah sendiri rakyat tempatan dan ini seterusnya telah menimbulkan suasana tegang antara etnik dan persaingan selepas itu amat tinggi walaupun rakyat tempatan masih lagi mengamalkan sistem pertanian dan sistem penangkapan ikan tetapi dengan penulisan akhbar al-Imam sedikit sebanyak telah memberi pengetahuan kepada mereka. Perlu juga diingat bahawa rakyat pada masa itu boleh membaca akhbar al-Imam kerana al-Imam ditulis dengan tulisa jawi yang menjadi asas penulisan dan bacaan pada masa itu sama ada orang tua mahupun orang muda. Keluaran akhbar al-Imam telah menanamkan bibit nasionalisme dalam diri mereka dan menunggu untuk meletus sahaja.

3.3 Penulisan
Bidang penulisan di Tanah Melayu berkembang selari dengan desakan dari golongan tertentu bagi membaiki dan menjaga kedudukan nasional selalu disuarakan, teruatama melalui penerbitan-penerbitan berkala tempatan . Jelasnya semangat kebangsaan ini telah tersebar dalam penerbitan-penerbitan berkala tempatan . Ini menunjukkan Akhbar-akhbar tempatan menjadi lidah rasmi dalam menyebarkan pergerakan itu .
Pada umumnya peranan "kebudayaan cetak" ialah sebagai penyalur pemikiran dan cita-cita kepada masyarakat luas . Singapura adalah tapak permulaan penulisan golongan Al-Imam. Suratkhabar di Singapura pada dua puluh tahun pertama terbahagi kepada kumpulan-kumpulan yang berlainan. Penerbitan golongan pembaharuan telah didahulukan oleh majalah AL-Imam(1906-1915) dan Neracha( 1911-1915) . Neracha diterbitkan pada tiap-tiap minggu dan bukan sebulan sekali dan mengandungi banyak berita-berita biasa tetapi dasarnya adalah sama dengan AL-Imam kerana pengarangnya adalah Haji Abbas Mohd.Taha yang sebelumnya pernah menjadi pengarang terakhir Al- Imam. Kemudiannya pada 1913, Neracha menerbitkan pula sebuah majalah bulanan bergambar yang bersifat sederhana kritikannya. Kekurangan sumber kewangan menyebabkan kedua-keduanya (Al-Imam dan Neracha) diberhentikan penerbitannya dalam pertengahan tahun 1915 . Namun begitu idea golongan Al-Imam ini diteruskan oleh majalah lain yang terbit kemudiannya di Tanah Melayu diantaranya;
"The year 1917 saw the appearance of a new publication, emanating from the Majlis Ugama Islam in Kelantan ."
Manakala pada 1926 wujud pula majalah Al-Ikhwan yang diterbitkan oleh Sayid Sheikh Al-Hadi di Pulau Pinang . Selain itu muncul juga novel dan cerpen yang mempersoalkan perkara yang lazim ketika itu. Diantaranya ialah novel saduran terkenal oleh Syed Syeikh al-Hadi iaitu Hikayat Faridah Hanum . Perkembangan bidang ini membolehkan idea-idea pembaharuan golonagan Al-Imam tersebar luas di Tanah Melayu dan keberkesananya tidak dapat di nafikan hingga kini.

4.0 Kesimpulan
Berdasarkan kenyataan ini, adalah jelas bahawa golongan al-Imam atau yang lebih dikenali sebagai Kaum Muda (Gelaran) telah berjaya meningkatkan semangat nasionalisme di kalangan masyarakat Melayu. Juga perlu diingat bahawa pada ketika ini British dalam usaha untuk menduduki dan menguasai Kelantan dan Terengganu yang pada asalnya adalah dibawah naungan Siam dan melalui perjanjian Bangkok 1909 antara Siam dan British maka negeri Melayu Utara telah diserahkan kepada British. Walaupun begitu, rangsangan golongan al-Imam tidaklah begitu menonjol sangat berbanding penentangan yang dilakukan oleh penentang Melayu seperti Tok Janggut di Kelantan dan Haji Abdul Rahman Haji Abdul Hamid (Haji Abdul Rahman Limbong) diTerengganu pada 1922-1928, Dato Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau di Pahang dan beberapa lagi penentang British di Tanah Melayu. Rangsangan yang dimajukan oleh Golongan al- Imam adalah dalam bentuk pemikiran dan perubahan sikap dari sikap pesimis kepada sikap optimis dalam segala bidang sama ada Politik, Sosial, Ekonomi, Keagamaan, Budaya, Pendidikan dan yang berkaitan dengan orang Melayu,
Walaupun Golongan al-Imam adalah golongan yang ramai antaranya adalah Jawi Peranakan (Campuran Arab-Melayu) tetapi perjuangan mereka lebih banyak kepada orang Melayu. Banyak cabaran yang mereka perolehi terutamanya apabila mereka ditentang oleh Kaum Tua (gelaran yang diberikan untuk membezakan golongan al-Imam dengan golongan ulama tradisi) yang pada asasnya mempunyai pengaruh yang amat tinggi pada masa itu dikalangan masyarakat terutamanya masyarakat Melayu yang majoritinya adalah beragama Islam. Golongan Kaum Tua yang dimaksudkan itu ialah golongan Imam-Imam, Mufti, Kadi dan Ulama yang masih menyempitkan pemikiran mereka dan orang Melayu dari perubahan yang dibawa sama ada oleh golongan berpendidikan Barat mahupun berpendidikan Islam dari Timur Tengah dan berpendidikan Melayu.
Peningkatan taraf wanita dimata masyarakat telah diangkat tinggi dan pada ketika ini bermulanya "revolusi mental" dan tidak keterlaluan apabila kita boleh mengatakan pada masa ini wanita telah mempunyai status yang tinggi. Hanya kita boleh memikirkan bilakah masanya wanita Melayu dan wanita disekitarnya mula merokok, memandu kereta, berbasikal, bekerja, dan melakukan aktiviti yang selalunya dilakukan oleh lelaki sedangkan pada pandangan masyarakat wanita itu adalah didapur sahaja melalui kata- kata orang-orang Melayu yang mengaitkan antara pendidikan dan kaum wanita iaitu "Wanita sejauhmanapun pendidikannya akan ke dapur sahaja". Ketika kita menyentuh tentang wanita kita kena memikirkan bahawa agama Islam tidak pernah membezakan antara wanita dan lelaki dan wanita itu kadang-kala lebih tinggi statusnya dikalangan lelaki apabila ditafsirkan bahawa syurga itu berada ditelapak kaki seorang wanita iaitu dipanggil ibu. Dengan ini golongan al-Imam cuba menonjolkan kaum ini dimata masyarakat sebagai kaum yang sama taraf dengan lelaki.
Segala pemikiran Kaum Muda disalurkan melalui majalah, akhbar dan novel serta cerita yang dicetak dan diedarkan dan selalunya ianya dijual kepada masyarakat. Tulisan yang digunakan ialah tulisan jawi yang mudah untuk orang Melayu membacanya disebabkan pada masa itu bentuk tulisan yang mudah difahami adalah tulisan jawi. Hikayat Faridah hanum yang laris dikalangan orang muda telah menyebabkan Jelutong Press ditubuhkan dan ini menggalakkan lagi penerbitan makalah-makalah dan novel- novel untuk meneranngkan dan memberikan pengetahuan serta pendidikan kepada orang- orang Melayu.
Walaupun al-Imam hanya dapat bertahan selama dua tahun tetapi pengeluarannya ini telah membuka minda orang Melayu. Oleh kerana itu, pengeluaran akhbar lain telah giat diusahakan oleh golongan ini juga dan diberikan nafas baru.
Sesungguhnya rangsangan nasionalisme yang ditonjolkan oleh golongan ini adalah dalam bentuk yang lebi profesional dan mempunyai satu bentuk yang belum lagi dilakukan oleh golongan yang ada pada ketika itu. Sejak itu, gerakan Kaum Muda ini telah berterusan dan ini mewujudkan Kesatuan Melayu Muda sebagai kesinambungan Kaum Muda ini. Memajukan bangsa sendiri dan jangan sampai bangsa sendiri lemah dan ketinggalan dalam semua lapangan sama ada ekonomi, sosial, politik dan kebudayaan. Dan apabila kemajuan telah diperolehi maka pembebasan diri perlu dilakukan untuk mencapai kesejahteraan hidup dan inilah yang dikatakan sebagai perjuangan sejati melalui keperibadian mulia. Dan gerakan pembebasan inilah yang dimaksudkan sebagai NASIONALISME yang sebenar mengikut penerangan Abdul Latif Abu Bakar;
"Gerakan kesedaran yang menumpukan perhatian bagi menentukan nasib sendiri, bangsa dan negara untuk mencapai kebebasan dan kesejahteraan serta memupuk keperibadian sejati. Ini berpunca daripada tekanan dan pengaruh asing atau penjajah sehingga anak negara lemah dan tertinggal dalam lapangan ekonomi, sosial, politik dan kebudayaan" .
Setelah itu pembebasan dan pembentukan negara bangsa atau "city-state" haruslah dilakukan sama ada secara lembut atau profesional mahupun secara kekerasan seperti yang dilakukan oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM). Oleh kerana itu, sebelum perjuangan ini dicapai pemikiran yang padu haruslah diserapkan ke dalam semua pemikiran masyarakat dan membentuk satu organisasi politik yang unggul dan mewujudkan kesejahteraan dalam kehidupan. Oleh itu, pemikiran Hans Kohn telah menerangkan tentang pengertian NASIONALISME ini dalam aspek ini;
" Nasionalisme sebagai satu keadaan fikiran yang menyerap masuk ke dalam jiwa sebahagian besar rakyat dan didakwa menyerap masuk ke kalangan semua anggotanya; dia mengiktiraf negara-negara bangsa sebagai bentu organisasi politik yang unggul dan bangsa sebagai punca bagi segala kehidupan budaya yang membina dan punca kesejahteraan ekonomi."
Setelah ditinjau tentang PENGERTIAN NASIONALISME maka bolehlah kita beranggapan bahawa golongan al-Imam ataupun Kaum Muda telah merealisasikan idea ini dan diluahkandengan cara yang amat baik dan berkesan.


NOTA AKHIR

1R. Suntharalingam, Abdul Rahman Ismail, Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah, Fajar Bakti, Petaling Jaya, 1985, hlm 2-3. Lihat Muhammad Abu Bakar, Perihal Golongan Yang Terperangkap Oleh Istilah 'Nasionalisme', Potret Masa: Persangan Ideologi dan Pemulihan Tradisi (Jilid 1), Gateway Publishing, Petaling Jaya, 1994 dan Abdul Latif Abu Bakar, Melaka dan Arus gerakan Kebangsaan di Malaysia, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1985.
2Muhammad Abu Bakar, Perihal Golongan Yang Terperangkap Oleh Istilah 'Nasionalisme', Potret Masa: Persangan Ideologi dan Pemulihan Tradisi (Jilid 1), Gateway Publishing, Petaling Jaya, 1994, hlm 92
3Abdul Latif Abu Bakar, Melaka dan Arus gerakan Kebangsaan di Malaysia, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hlm 1
4Wan Abdul Kadir, Islam dan Nasionalism Budaya Melayu, Masfami, Petaling Jaya, 1993, hlm 1 5 Ibid, hlm 12
6 Ibid, hlm 4
7 Ibid, hlm 13. Ini adalah kerana orang-orang Melayu yang majoriti penduduk kampung menganggap kedudukan orang-orang yang ahli dalam bidang agama itu harus dipandang tinggi dan dihormati. Golongan ini sangat berpengaruh dan merupakan pemimpin-pemimpin utama dan penting kepada mereka. Lihat hlm 14
8 Ibid, hlm 3
9 Ibid, hlm 14
10 Mohd. Sarim Haji Mustajab, Gerakan Islah Islamiah: Kajian Terhadap Tiga Tokoh Pelopornya, Melaka Dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1996, hlm 117. Para pengkaji berpendapat, perjuangan nasionalisme sebenar di negara ini adalah dibangkitkan oleh golongan elit Melayu yang berpendidikan Melayu dan beragama Islam, lihat Wan Abdul Kadir,Op.Cit hlm 16
11Ahmad Boestamam, Kaum Muda-Kaum Tua:Perubahan dan Reaksi, Nasionalisme Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1975, hlm 71
12Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1994, hlm 198.
13Mohd. Sarim Haji Mustajab, Op. cit, hlm 119. Golongan ini digelar begitu kerana mereka mempunyai hubungan terus dari tokoh-tokoh di Mesir seperti Syeikh Muhammad Abduh, Syed Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Rashid Ridha. Untuk makluman bahawa Muhammad Rashid Ridha adalah pengasas Majalah Al-Manar. Kebangkitan Islam di Tanah Melayu yang pernah di sebut oleh seorang Ilmuwan Belanda sebagai "De Jongste Reveil" pada awal abad ini, tiak sahaja secara nyata harus berhadapan dengan dominasi politik dan ekonomi kekuasaan kolonial tetapi mendapat inspirasi secara langsung daripada sumber yang sama daripada pemikiran Syeikh Muhammad Abduh dan Muhammad al-Afghani. Lihat Ismail Hussein, Tamadun Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1995, hlm 1218
14Hamka, Sejarah Umat Islam, Pustaka Antara, Kuala Lumpur, 1977 hlm 437
15William R. Roff, Bibliography Of Malay And Arabic Periodicals, Oxford University Press, London, 1972, hlm 9. William R. Roff menyatakan bahawa selepas tamatnya penerbitan al-Imam maka golongan ini telah menerbitkan pula Neracha dan kesemua idea ini mengambil idea majalah al-Manar dar Timur Tengah;
"Returning to 1906, there appeared in Singapore in July of that year a monthly journal in Malay entitled Al-Imam, edited by Shaykh Mohd. Tahir jalaluddin and later by Haji Abbas Mohd. Taha. This was the first Islamic reform Journal to be published in Muslim South-east Asia, and consequently is still of cinsiderable importance and interest. Modelled directly on the Al-Manar of reform circles in Cairo, Al-Imam was also the first in the long line of Malay periodicals devoted wholly or largely to religious (and most often to reform) matters, and the most influential of the group of four which appeared in the years 1906 to 1916. Two years after it stopped publication in early 1909, Il-Imam was succeeded by Neracha, also edited by Haji Abbas, which from 1911 to 1915 appeared every two weeks, then every ten days, and finally weekly
16Abdullah Haji Jaafar, al-Imam, Sejarah masyarakat Melayu Moden, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1985, hlm 86
17Ibid, hlm 86
18Abdullah Ishak dan al-Rahmaniah, Islam di Nusantara Khususnya diTanah Melayu, Petaling Jaya, 1990, hlm 201. Syed Husin Ali pula tentang cara pergerakan yang dilaksanakan oleh golongan ini sebagai;
"Although as a movement, it was somewhat circumscribed, yet its ideas were certainly significant in opening the eyes of some sections of the Malay community"
lihat Syed Husin Ali, Malay Peasant Society and leadership, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1975, hlm 27
19Wan Abdul Kadir, Op.cit, hlm 11
20Ahmad Boestamam, Op.cit, hlm 71
21Talib Samat, Langit Tinggi Dijunjung: di Sekitar Permasalahan Orang Melayu dan Remaja Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1992, Hlm 4
22Ahmad Boestamam, Op.cit, hlm 71
23William Roff, Kaum Muda-Kaum Tua: Innovation and Reaction Amongst The Malays 1900-1941, Dalam Paper An Malayan History (oleh K. G. Tregonning), University Malaya in Singapore, Singapore, 1962. Hlm 163. William R. Roff menyatakan tentang perbezaan antara golongan Kaum Muda dan Kaum Tua (golongan ulama tradisi) dalam petikannya;
"The dispute between Kaum Muda and Kaum Tua. The Kaum Tua are those who hold that as we must believed in the Kuran and the Words of the Prophet, so is it obligatory (Wajib) to believe in what ever is given us by the Ulama, here's the Kaum Muda hold that all that is Obligatory in (our) religion is to believe in the Kuran and Hadith, for there is no man but the Prophet free from error.
24Mohd. Sarim Haji Mustajab, Op.cit, hlm 123. Petikan ini dituliskan oleh Syeikh Tahir sebagai menunjukkan tentang punca kejatuhan umat Islam di negara ini.
25Abdullah Haji Jaafar, Op.cit, hlm 88
26Wan Abdul Kadir, Op.cit , hlm 6
27Charles C. Adams, Islam and Modernism In Egypt: A Study Of The Modern Return Movement Inacigrated By Muhammad Abduh, Russell and Russell, New York, 1933, hlm 199. Charles menyatakan bahawa semua tentang pandangan dan persoalan boleh didapati dari al Quran yang berbunyi;
"Beginning with the words: of what ask they of one another? (Amma yas 'alun)
28Abdullah Ishak, op.cit., hlm 1218
29Abdullah Haji Jaafar, op.cit, hlm 88
30Syed Husin Ali, Malay Peasant Society and leadership, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1975, hlm 27. Syed Husin tentang kehadiran golongan berpendidkan ini dan penulisan meraka dan menyatakan
"Following these religious leaders, there was a group of Malay-educated teachers and journalists whose concern was more secular".
31William R. Roff, Kaum Muda-Kaum Tua: Innovation and Reaction Amongst The Malays 1900-1941, Op.Cit, Hlm 162 . Sultan Perak cuba membandingkan dan memisahkan golongan ini kepada tiga dan menerangkan kedudukan mereka pada Oktober 1940.
"We believe that our people today may be classified under three separate group: ..... Kaum Tua, Kaum Muda and Orang muda-muda. Those who came under the first category devote their time mostly to the spiritual side of life, those under the second category to the material side of life, while the third may be said to were between the two"
32 Ismail Hussein, op.cit. Hlm 5
33Mohd. Sarim Haji Mustajab, Op.cit, hlm 131. Syed al-Hadi menyatakan petikannya ini dalam rencananya yang bertajuk "Menuntut Ketinggian Akan Anak-Anak Negara",
34Ibid
35Ahmad Boestamam, op.cit, hlm 73
36Wan Abdul Kadir, op.cit, hlm 8
37Ibid, hlm 5
38Charles C. Adams, Op.cit , hlm 198. Charles cuba menyatakan tentang kedatangan golongan terdidik ini yang hadir dari Timur Tengah dalam petikannya;
"Muslim young men, of the age of twenty to twenty-five years and the requisite scholastic standing, are received as pupils, preference being given to student from distant Muslim lands where the need of Muslim is greatest from east Africa, north Africa, turkey, Turkestan, India, Java and Malaysia" dan juga "It was of this dissatisfaction with colonialism that nationalism slowly evolved among the Malays, the early seeds of nationalism were sown by religious modernists who returned after studying in the Middle East. The must Muhammad Abduh, the well-known Egyptian teacher and modernist at the term at the century"
(Syed Husin Ali, Op.cit, hlm 26 )yang menyatakan tentang pendidikan yang mereka dapat di Timur Tengah dengan mengambil idea Muhammad Abduh dan mereka ini dinyatakan sebagai golongan pemoden seperti yang dinyatakan oleh Wan Abdul Kadir, Op.cit, hlm 14
"Proses Islamisasi terus menerus dipeerkuatkan oleh golongan muda yang memainkan peranan dalam berbagai-bagai lapangan yang berusaha memperkembangkan Islam secara moden bersesuaian dengan perubahan masyarakat dan budaya semasa"
. Juga dinyatakan sekali lagi oleh Charles C. Adams, Op.cit, hlm 197.
"With additional emphasis upon religious training, and its primary objects if said to be: improvement of the method of Islamic teaching, to get her with religious training"
39Abdullah Haji Jaafar, op.cit, hlm 88
40 Wan Abdul Kadir, op.cit, hlm 23
41Ahmad Boestamam, Op.cit, hlm 99
42Abu Bakar hamzah, Al-Imam: It's Role In Malay Society 1906-1908, University of Kent, Canterbury, Kent, 1981, hlm 116.
43Abdullah Haji Jaafar, op.cit, hlm 93
44Ahmad Boestamam, Op.cit, hlm 103
45Muhammad Abu Bakar, op.cit, hlm 100
46Mohd. Sarim Haji Mustajab, op.cit, hlm 126
47Abu Bakar hamzah, op.cit, hlm 58
48Wan Abdul Kadir, op.cit, hlm 3
49Abdullah Haji Jaafar op.cit, hlm 87
50Ibid, hlm 90
51Ibid
52Ibid, hlm 91. Petikan ini juga dipetik daripada al-Imam 18 Disember 1906, hlm 176.
53Wan Abdul Kadir op.cit, hlm 7
54William Roff, Kaum Muda-Kaum Tua: Innovation and Reaction Amongst The Malays 1900-1941, op.cit.hlm 164.
55 Ismail Hussein, op.cit,. Hlm 1
56Wan Abdul Kadir, op.cit, hlm 2
57 Ismail Hussein, op.cit . Hlm 2
58Wan Abdul Kadir, op.cit, hlm 1
59Ismail Hussein , Opcit,. Hlm 3
60Ibid. Hlm 2
61Ibid. Hlm 6. Petikan ini diambil dari seorang pujangga arab.
62Wan Abdul Kadir, Op.cit, hlm 18
63Ibid, hlm 17. Lebih baik kita melihat pendapat William berkenaan penerbitan islam ini melalui petikannya;
"Periodicals wholly or largely concerned with Islamic religion, whether from a prescriptive or some other point of view, constitute a frequent and important category of publication"
. Lihat William R. Roff, Bibliography Of Malay And Arabic Periodicals ,Op.cit, hlm 11.
64Ibid, hlm 2
65Ibid, hlm 13
66Ismail Hussein , Opcit, hlm 1219
67Ahmad Boestamam, Peranan Surat Khabar Anak Negeri, Nasionalisme Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1975, hlm 200
68Ibid, hlm 201
69Ibid, hlm 11
70Ibid, hlm 12. Petikan itu berbunyi; In September 1926 there appeared in Penang a new monthly, Al- Ikhwan, under the editorship of Sayyid Shaykh Ahmad Al-Hadi, a well known religious reform writer and polemicits who had earlier been closely associated with Al-Imam.
71Wan Abul Rahman latif, Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1996, hlm 332
72Abdul Latif Abu Bakar, Op. Cit, hlm 1
73R. Suntharalingam, Abdul Rahman Ismail, Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah, Fajar Bakti, Petaling Jaya, 1985, hlm 2-3. Hans Kohn menerangkan pengertian Nasionalisme dalam bukunya 'The Idea of Nationalism'.

Balik