Make your own free website on Tripod.com

FC Navigation Console

KONSEP POLIS ATHENS DAN SPARTA

PENGENALAN

KONSEP POLIS

Sejarah Greek purba berkait rapat dengan mukabumi dan iklimnya. Greek terletak di timur laut Mediterranian meliputi selatan Itali, tebing barat Turki dan laut Hitam. Bangsa Greek adalah dari suku kaum Aryan yang telah berpindah ke Greek dan hidup secara berpindah randah. Tamadun Greek mula berkembang dari sebuah pulau iaitu pulau Crete di laut Aegean. Pada peringkat awal, kehidupan mereka saling terpisah antara satu sama lain. Ini adalah kerana faktor geografi. Lama-kelamaan mereka bergabung membentuk satu komuniti politik menganut agama animisme, menjalankan perniagaan dan pemerintahan. Akhirnya ia berkembang membentuk sebuah negara kota atau Polis dalam bahasa Greek. Polis tidak sesuai menunjukkan sebagai kota tetapi lebih kepada negara. Setiap Polis mempunyai raja, undang-undang, tentera dan dewa-dewanya sendiri, rakyat hanya akan memberikan taat setia kepada negara kota dan rela mati berjuang mempertahankan Polis mereka. oleh  kerana ini, masyarakat sukar untuk bersatu tambahan masyarakat yang berbilang kaum. Contohnya Sparta memerintah secara diktator bagi mengelakkan sebarang pemberontakan. Keluasan setiap Polis berbeza , Athens seluas 1000 batu persegi manakala Sparta luasnya lebih 3200 batu persegi. Sebuah Polis perlu diwakili oleh penduduk yang menjadi syarat asas bagi sesebuah negara. Contohnya Athens mempunyai 40000 orang penduduk, kerajaan pula merupakan institusi mengarah, mengatur dan menagawal aktiviti manusia supaya dapat menjalani kehidupan dengan aman dan damai. Menurut Aristotle, negara kota Greek terbentuk secara evolusi dari tiga institusi iaitu;

1. keluarga
2. bandar atau kampung
3. daripada gabungan beberapa kampung wujudlah kota.

Terdapat berpuluh negara kota tetapi yang menonjol ialah Athens, Sparta dan Corinth. Polis berperanan penting sebagai benteng dimana menjadi pusat perhimpunan , agama, pentadbiran dan tempat tinggal raja atau pemerintah. Polis adalah asas kepada pembentukan kehidupan politik, agama dan sosio masyarakat Greek dan menjadi tumpuan kesetiaan dan semangat kenegaraan masyarakat Greek. bagi membandingkan pencapaian Athens an Sparta aspek politik, sekonomi dan sosial perlu diteliti satu persatu.

POLITIK

Athens sebuah Polis di Greek yang memainkan peranan penting memperkenalkan sistem demokrasi diEropah dan berkembang ke seluruh dunia. Sistem demokrasi bermakna masyarakat berfikiran rasional, bersikap terbuka, berbincang, berdebat, mengkritik dan mengeluarkan idea yang membina menurut Pericles sesiapa yang tidak berminat dalam hal ehwal awam adalah seseorang yang tidak berguna. Athens terletak diantara Attica, kedudukan yang baik dari segi perdagangan dan kedudukan strategik di tengah daratan yang subur untuk pertanian. Pada mulanya sistem yang diamalkan oleh Greek adalah monarki, namun apabila kaum bangsawan mengambil alih teraju pemerintahan  dan memerintah selama 150 tahun, keadaan ini telah membangkitkan satu golongan baru iaitu golongan saudagar kaya. Selain itu timbul masalah petani kehilangan tanah bagi membayar hutang dan menjadi hamba abdi kepada bangsawan tersebut. Keadaan ini diselamatkan oleh Solon iaitu pemerintah terkenal dimana beliau telah membatalkan hutang-hutang petani, menghalang penghambaan, membatalkan undang Draco, rakyat dibenarkan mencampuri urusan pentadbiran dan mengwujudkan majllis rakyat yang terdiri daripada 400 ahli yang mewakili pandangan ramai. Ahlinya dipilih dari 4 suku. Empat kali dalam setahun diadakan mesyuarat rakyat yang dihadiri oleh sekalian rakyat Athens. Jelas disini Athens adalahh sebuah negara demokratik iaitu pemerintahan dari rakyat untuk rakyat. Selain itu kebebasan dalam menjadi warganegara Athens juga bukti adanya demokrasi contohnya, semasa pemerintahan Cleisthenes prinsip kewarganegaraan berdasarkan tempat tinggal dan bukannya keturunan. Iaitu memberi taraf kewarganegaraan kepada pelarian Ionia. Beliau juga memulakan sistem pembayaran gaji kepada semua ahli majlis  Majistret. Terdapat tiga institusi penting dalam zaman ini iaitu majlis perhimpunan, majlis mesyuarat dan mahkamah. Majlis perhimpunan merupaka perhimpunan warganegara yang diadakan dari masa ke semasa. Ia adalah tertinggi yang berfungsi sebagai parlimen contohnya Ecclesia.malah ia juga berperanan sebagai badan perundangan. Majlis mesyuarat berfungsi menentukan dasar pentadbiran dilakukan melalui undian terbuka. Berkuasa menentukan keputusan majlis perhimpunan dilaksanakan atau tidak. Terdapat dua majlis iaitu  Aeropogus dan majlis 500 orang. Manakala mahkamah terdiri 6000 ahli lelaki bagi setiap satu unit tempatan. Setiap tahun bertindak sebagai hakim dan kadangkala sebagai juri. Mereka terdiri daripada orang tua dan dipilih melalui undian. Mahkamah juga berkuasa mengistiharkan undang-undang ahli majlis tidak sah. Ahli sekurang-kurangnya mempunyai 200 hakim dan dalam kes-kes penting mencapai lebih 500 orang kerana rakyat Athens percaya pada bilangan besar dapat mengelakkan prejudis peribadi. Suasana ini jaug berbeza dengan sistem pemerintahan Sparta. Sparta terletak diselatan semenjung Greek dan ia lebih kepada sebuah Polis yang mementingkan kuasa tentera dan disiplin yang kuat serta mengamalkan dasar negara diktator. Majoriti penduduk terdiri daripada kelas Helot, kelas Periokoi dan warganegara keturunan penjajah Dorians. Orang dorians menakluki Sparta telah menubuhkan kerajaan tentera untuk mengawal penduduk asal yang telah dijadikan hamba abdi. Sparta diperintah oleh dua orang keluarga diraja yang selalu bermusuhan. Namun kuasa politik sebenarnya terletak dibawah lima orang Ephors dilantik setiap tahun oleh satu majlis yang terdiri daripada 30 orang ahli warganegara Sparta. Terdapat majlis orang-orang tua  seramai 28 ahli umur lebih 60 tahun dilantik seumur hidup. Dikatakan perlembagaan yang sebenar pula dipegang oleh dua majistret iaitu Council kecil atau Gerousia seramai 28orang dan assembledge. Selain itu terdapat 75% rakyat daripada golongan hamba tidak mempunyai hak politik dalam kerajaan. walaupun arah utama pemerintahan ialah peperangan dan penaklukan. Sparta juga telah meletakkan negaranya di bawah suatu sistem undang-undang dimana melatih rakyatnya dalam cara pemerintahan yang lengkap dan menyokong hidup cara bermasyarakat. Ini bermakna Sparta  juga mementingkan perkongsian walaupun dalam konteks yang berbeza dengan Athens. Tetapi masyarakat tidak bebas. Sparta juga dikenali sebagai sebuah negara Totalitarian Modern.

SOSIAL

dari aspek sosial, akibat pengaruh iklim mereka lebih menyukai kehidupan di luar rumah dan menamalkan kehidupan yang sederhana. dengan kepintaran akal mereka lebih suak bergiat dalam bidang politik daripada pentingkan kebendaan yang menjadi keutamaan orangorang Rome. bagi mereka perkataan urusan disamakan dengan kekurangan masa lapang. Aristotle menyatakan lebih 3/4 dari kehidupan orang Athens adalah diluar rumah, rumah hanyalah tempat untuk makan dan tidur sahaja. Wanita langsuing tidak boleh melibatkan diri dalam politik. Mereka ditempatkan dalam rumah namun orang Athens tidak memandang rendah kepada orang wanita bahkan mereka bersungguh-sungguh menjaga anak dan isteri dari bahaya godaan lelaki diluar rumah dan menaganggap mereka sebagai benda yang berharga sekali. Buktinya melalui penyataan Thucdides, wanita adalah manusia yang menjadi sesebuah bota bukannya kota-kota atau kapal yang kosong tidak bermanusia. Manakala Polis Sparta pula, kaum wanita tugas utamanya ialah melahirkan perajurit yang berdarah tulin Sparta. Mereka dilatih dengan pelbagai latihan semata-mata untuk menjadi ibu yang sihat dan tahan lasak. Masyarakat Sparta lebih bersikap tertutup. Kehidupan mereka lebih digambarkan sebagai kasar dan keras penuh dengan disiplin. Sejak dari awal kehidupan mereka telah dilatih untuk menjadi tentera yang berani dan gagah. Dalam buku Greece oleh E.S Shuckburgh dikatakan kehidupan yang lasak bermula  sejak kanak-kanak lagi. Jika bayi yang dilahirkan kelihatan lemahia akan dihantar kegunung Taygetus untuk dibunuh. Sebaliknya bayi lelaki yang sihat akan diletakkan dibawah kerajaan ketika berumur 7 tahun, dilatih dengan latihan ketenteraan yang sebenar apabila berumur 20 tahun. Pada masa ini , mereka diapnggil sebagai ‘Eireness’ tidak boleh bergiat dalam lapangan lain, terutamanya perniagaan. Kehidupan mereka dikawal sepenuhnya oleh warganegara tua. Semua rakyat dihadkan berkahwin, bahkan mereka tidak diberi hak untuk memilih pasangan masing-masing dan dipaksa menerima isteri yang telah ditetapkan. Malah asas perhambaan dan penghinaan kepada buruh atau hamba begitu berleluasa. Golongan hamba dikerah untuk bekerja diladang-ladang pertanian mereka.

PENDIDIKAN

Pada awalnya, pendidikan di Greek tidak meluas. Iadakan leh organisasi kecil dan keadaannya terkawal. Perkembangan kian ketara hingga melahirkan tokoh-tokoh yang berfikiran tajam seperti Plato, Scrates, Thucydides, Hoppocratus dan lain-lainnya. Dalam aspek ini ketara perbezaan antara Athens dan Sparta. Athens menganggap wrganegara yang berpendidikan menjamin masa depan kota. Matlamat pendidikan di Athens adalah untuk melahirkan wargeanegara yang berketram[pilan yang dilatih dalam pelbagai bidang seperti membaca, menulis mengeja matematik dan muzik pelajaran diperingkat rendah, sekolahnya diuruiskan oleh badan-badan persendirian. Wujud juga sekolah muzik untuk mengajar bermain Lyre dan menyanyi dan sekolah untuk berpidato. Diperingkat tinggi pula terdapat pusat pengajian atau akademik, disini pengutaraan idea-idea yang berani amat digalakkan. Ini mempercepatkan perkembanagn tamadun di Greek. Dikatakan Athens emmpunyai pusat pendidikan yang tinggi khususnya sekolah falsafah dimana ia berjaya menarik minat pelajhar dari seluruh dunia. Contohnya Plato menubuhkan sekolah falsafah iaitu Akedemi dan menerbitkan buku Republik. Berbanding s yang tidak menekankan pendidikan bercorak akademik ia menjurus kepada ketenteraan dimana sejak berumur 7 tahun lagi kanak-kanak ditempatkan diasarama tertentu untuk menjalani latihan ketenteraan. Kesimpulannya pemuda Sparta adalah buta huruf. Namun mereka terkenal dengan sindiran yang tajam. Ada juga kanak-kanak sejak kecil lagi di ajar dengan segala macam perkara yang lasak, mencuri dari ladang-ladang pertanian dan jikalau ditangkap hukuman yang berat dinekakan ke atas mereka. Mereka juga diajar membacxa, mengira dan menyanyi lagu tradisi dan menari. Diberi semangat dan latihan. Apabila meningkat dewasa mereka diajar denagn latihan ketenteraan.

KEAGAMAAN

Dalam aspek ini Athens lebih menonjol berbanding Sparta. Di Sparta upacara-upacara keagamaan tidak banyak diketengahkan memandangkan dasar ketenteraan lebih diutamakan. Di Athens, masyarakatnya menagut agama Animisme dan menganggap sesuatu yang mengkagumkan mesti dikuduskan. Contoh burung hantu di anggap pelindung bandar dan dijadikan Tuhan wanita yang dikenali Athena. Dari segi kepercayaan, masyarakat Athens berasasskan polytheism. Tuhan ini memliki kuasa istimewa dan dipercayai immortal. Terdapat Tuhan seperti Zeus (tuhan langit), Artemis (Tuhan Perburuan), Appolo (Tuhan Cahaya), Poseidon (Tuhan Laut) dan lain-lain lagi. Kepercayaan ini hanya sebagai kehendak tradisi bagi masyarakat Athens bagi mereka yang menentukan kehidupan adalah diri mereka sendiri. Agama juga dikaitkan dengan kegiatan sukan. Pusat penyembahan berhala dan aktiviti sukan olimpik terdapat di Delphi.

KEBUDAYAAN DI KESENIAN

Di Athens telah wujud pertandingan drama yang memaparkan keadaan kehidupan mereka tetapi kebanyakannya lebih bertemakan hidup dan mati. Di antara tokoh-tokoh yang terkenal seperti Aeschlylus dalam bidang drama dan tragedi, Saphoeles pula dalam bidang penulisan yang mana karyanya yang terkenal ialah Ocdipus, Electra dan Euriphodes. Dilihat pula kesenian dalam pembinaan patung-pataung dan rumah berhala dikatakan kesenian dan senibina adalah nadi kehidupan orang-orang Athens. Pembinaan Temple of Virgin di Acropolis begitu indah dan menarik. Rumah berhala Partheron terkenal keindahannya. Selain itu seni Athens terserlah melalui ukiran-ukiran bekas bunga dan bangunan-bangunan. Dua orang tukang ukir yang terkenal ialah Pheides dan Polyclitus. Manakala di Sparta pula, semasa zaman kegemilangannya di Greek, orang-orang Sparta telah menunjukkan kesenian mereka pada pasu-pasu dan membuat kerjatangan berasaskan gangsa yang menarik. Seorang tokoh iaitu alkman yang merupakan pencipta lirik yang terkenal. Lagu ciptaannya telah dinyanyikan oleh kumpulan Koirsparta dan dilagukan setiap petang. Terdapat seorang penulis terkenal iaitu Tyrtaios yang menjadi kebangaan Greek. Dengan ini Sparta memunyai kebudayaan dan kesenian tersendiri namun ia tidak berkembang dengan meluas kerana ia lebih memandang dasar ketenteraan berbanding dari aspek-aspek lain.

EKONOMI

dari aspek ekonomi juga dilihat Sparta mengalami kemunduran. Kegiatan ekonominya dijalankan oleh golongan Helots yang semakin bertambah banyak hasil dari penaklukan dan peperangan. Golongan rakyat bukan sahaja tidak dibenarkan menyertai aktiviti ekonomi bahkan diharamnkan memegang wang. Dasar tertutup Sparta ini menyebabkan kegiatan ekonomi tidak berkembang dan tetap dengan prinsipnya yang mementingkan ketenteraan sahaja. Berbanding, dari aspek keadaan alam semulajadi dimana Athens terletak berdekatan denagn pinggir laut manakala Sparta pula terletak agak jaug kepedalaman. Athens bergantung kepada pertanian dan perdagangan denagn negara-negara luar. Ia telah mengeksport barang-barang tembikar kekawasan laut Hitam dan menukarkan dengan jagung. Sejak abad ke6 sebelum masihi ekonominya bergantung kepada pertanian dengan ini sektor pertanian telah dimajukan serta menjalankan perdagangan dengan Corinth. Penternakan kambing-kambing biasa dan kambing biri-biri dijalankan dibahagian bawah lereng bukit. Semua rakyat mengambil bahagian dalam seua aktiviti ekonomi. Athens menggunakan jalan laut keranan jalan-jalan darat amat mundur.

KESIMPULAN

Melalui aspek-aspek tersebut, jelas menunjukkan Athens dan Sparta mempunyai perbezaan yang ketara, khususnya aspek politik. Athens yang mengamalkan sistem demokrasi membawa kejayaan dalam semua aspek. Malah dikatakan selama 300 tahun ia sebuah negara Greek paling disanjungi dan dihormati bukan kerana kuasanya sahaja tetapi kerana kemajuan intelektualnya. Sparta ketinggalan dalam pelbagai aspek kerana mereka tidak pandang serius dalam aspek-aspek lain. Mereka lebih cenderung kepada sistem ketenteraan. Ini mengakibatkan masyarakat tertindas. Namun kedua-dua Polis ini memberikan sumbangan yang tertentu kepada Greek. Akhir abad ke 14 dilihat kenaikan empayar Macedonia, Raja philip dan anaknya Alexander The Great dan berjaya menawan dua negara kota penting iaitu Athens dan Sparta. Ini kerana masing-masing mementingkan negara sendiri sehingga merenggangkan penyatuan dan ia tidak dapat bertahan lama dalam tamadun gree. Namun Athens meniti dibibir sejarahwan kerana sistem demokrasinya.


NOTA AKHIR

H.D.F. Kitto, The Greeks, Penguin Books, London, 1951, hlm 64
Ibid, hlm 66
Ibid, hlm 68


Balik