Make your own free website on Tripod.com

BICARA MADZANI SAIDIE

Assalamualaikum

Apa khabar rakan-rakan semua, saya berharapkan rakan-rakan berada dalam situasi sihat walafiat disamping tugasan dan pembelajaran yang sedang dihadapi. Bagi mereka yang menghadapi peperiksaan semester mahupun peperiksaan Akademik, saya ucapkan selamat belajar dan berjaya dalam apa jua bidang yang anda semua ceburi

Rakan-Rakan semua
Perkembangan semasa politik tanah air begitu mencabar kita sebagai sebahagian masyarakat yang hidup didalamnya. Walaupun ia bergerak secara evolusi tetapi gerakannya begitu ketara lagi hinggakan antyara sedar tak sedar kita telah melibatkan diri kita didalamnya. Namun haruslah saya ingatkan sekali lagi dalam gerakan ini kita mempunyai pilihan yang pelbagai sebagai anggota masyarakat dan juga sebagai ahli PKPMS. Kenyataan Presiden ABIM dan PKPIM telah menjelaskan kepada kita bagaimana penglibatan kita dalam aspek ini. Kita adalah anggota yang bersikap dan berfikiran 'non partisan'. Kenyataan ini harus kita pikul bersama dan bukan hanya sebagai bualan mulut semata. Kita telah dikelompokkan sebagai golongan yang terbaik dalam golongan yang baik. Sebaik-baiknya kita memanfaatkan keadaan ini. Pemahaman kita lebih utama berbanding mengikut cita rasa yang lahir dari naluri tanpa pemahaman.

Kekuatan kita ialah dengan menganalisis sesuatu peristiwa kemudian membuat kesimpulan selain berbincang antara kita untuk mendapat kepastian yang lebih nyata dan jelas.

Rakan-rakan PKPMS
Dalam masa yang sama kita harus memahami bahawa individu punya pendirian yang berbaza antara satu sama lain. Oleh kerana itu, adalah dinyatakan bahawa seseorang boleh menyatakan pendirian masing-masing tetapi ia adalah secara individu semata tanpa melibatkan organisasi ini malah kita boleh menyokong mana-mana pihak tetapi secara peribadi tanpa menyatakan secara terbuka kerana kenyataan secara terbuka akan melibatkan organisasi PKPMS sendiri kerana kita adalah komunitinya. Sikap sama simpatism, patriotism dan sebagainya boleh dinyatakan dengan cara lain. Oleh kerana itu, walaupun kita pernah terlibat dalam mana-mana gerakan luaran yang luar jangka persatuan, janganlah kita mengandaikan bahawa tindakan kita itu telah emndapat sokongan persatuan sepenuhnya seblum kita bersyura.

Rakan-rakan semua
Saya amat menaruh kepercayaan kepada anda semua yang mampu bertindak dan berfikir secara "bil hikmah". Dalam masa yang sama kita harus sedar bahawa bukan kita sahaja menghadapi keadaan yang sama, kerana ramai lagi rakan-rakan kita yang dalam badan gabungan yang sama menghadapi situasi yang hampir sama dengan diri kita. malah adadiantara kita yang tidak setuju dalam keadaan gawatnya politik sekarang kita masih bersikap menyokong pihak-pihak tertentu walaupun baik. malah ada diantara kita yang merasakan, ini adalah peluang yang harus diambil dalam menangani malah menuntut keadilan yang hakiki. Kita masih bersikap mengelak dari "sudah terhantuk baru terngadah'. Oleh kerana itu kita lebih suka membincangkan secara mendalam terlebih dahulu sebelum mempersetujui sesuatu. Kita hormat dengan abang-abang kita dalam PKPIM dan ayah kita dalam ABIM yang bertindak lebih rasional tanpa melibatkan cetusan naluri individu semata dan keputusan yang diambil juga adalah melibatkan semua komuniti. Alhamdulillah inilah yang kita mahukan dalam gerakan ini. Jadi sekarang terpulanglah kepaad kita semua bagaimana menangani situasi ini dan menyelesaikan pendirian kita. Harus diingat kita adalh kita dan bukan orang lain, tetapi orang lain amat memerlukan kita.

Rakan-rakan semua
Banyak bicara akan menyebabkan benyak kesilapan tanpa sengaja. Cukup dulu bicara saya kali ini dan InsyaAllah kita akan sambung lagi pada masa-masa mendatang.

wassalam

Madzani @ Saidie Nusa